awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kopi Waktu tonjol identiti Kedah, promosi sektor pelancongan - Raja Muda Kedah
Beri ruang Kim Swee capai sasaran di NFDP - Mohd Yusoff
Lelaki bunuh 9 orang, termasuk 4 anak kandung selepas bertengkar dengan isteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuad boling padang negara raih kejuaraan berganda di China

Bernama
Bernama
29/12/2025
06:45 MYT
Skuad boling padang negara raih kejuaraan berganda di China
Pada Kejohanan Boling Padang Terbuka China 2025, Malaysia memenangi pingat emas Men's Fours selepas mengatasi pasukan tuan rumah Zhu Hai sementara skuad wanita negara berjaya ke final Women's Fours. - Foto FB Bowls Malaysia
KUALA LUMPUR: Pasukan boling padang negara menutup tirai 2025 dengan gemilang apabila meraih kejayaan berganda di pentas antarabangsa menerusi Kejohanan Boling Padang Terbuka China 2025 dan Jemputan Boling Padang Dunia Tiger 2025 yang berlangsung di Hangzhou, China baru-baru ini.

Ringkasan AI
  • Pasukan boling padang negara menutup tirai 2025 dengan meraih kejayaan berganda di Kejohanan Boling Padang Terbuka China 2025 dan Jemputan Boling Padang Dunia Tiger 2025 di Hangzhou, China.
  • Presiden PLBM, Datuk Awalan Abdul Aziz, menyatakan kejayaan ini menunjukkan kekuatan pasukan negara sebagai antara yang terbaik di Asia dari segi ketahanan mental, semangat berpasukan, dan konsistensi prestasi atlet.
  • Malaysia memenangi pingat emas Men's Fours dan wanita negara juara Women's Fours dalam dua kejohanan berbeza, menampilkan kecemerlangan dan potensi atlet negara dalam persaingan antarabangsa.

Presiden Persekutuan Boling Padang Malaysia (PLBM) Datuk Awalan Abdul Aziz berkata kejayaan menjuarai dua kejohanan utama di China membuktikan kekuatan pasukan negara dalam mengekalkan reputasi sebagai antara pasukan terbaik Asia.
Beliau berkata keupayaan mengharungi dua kejohanan secara berturut-turut menunjukkan tahap kekuatan para atlet negara daripada aspek ketahanan mental, semangat berpasukan dan konsistensi prestasi.
"PLBM amat berbangga dan yakin prestasi ini mampu diteruskan pada kejohanan antarabangsa akan datang," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Pada Kejohanan Boling Padang Terbuka China 2025 yang berakhir semalam, Malaysia memenangi pingat emas Men's Fours selepas mengatasi pasukan tuan rumah Zhu Hai sementara skuad wanita negara berjaya ke final Women's Fours sebelum tewas kepada Zhong Ti Time sekali gus membawa pulang perak.
Skuad wanita negara pula dinobatkan sebagai juara Women's Fours pada Jemputan Boling Padang Dunia Tiger 2025 yang berlangsung dua hari sebelum itu manakala pasukan lelaki terpaksa berpuas hati sebagai naib juara Men's Fours.
Sebagai rekod, kedua-dua kejohanan dianjurkan secara berturut-turut buat pertama kali di China sekali gus menguji tahap kecergasan fizikal, fokus dan konsistensi atlet negara sepanjang jadual pertandingan yang padat.
-- BERNAMA



Topic Berkaitan
#pasukan boling padang Malaysia
#Boling Padang Terbuka China 2025
#Jemputan Boling Padang Dunia Tiger 2025
#pingat emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan