awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kopi Waktu tonjol identiti Kedah, promosi sektor pelancongan - Raja Muda Kedah
Beri ruang Kim Swee capai sasaran di NFDP - Mohd Yusoff
Lelaki bunuh 9 orang, termasuk 4 anak kandung selepas bertengkar dengan isteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan hina institusi diraja: Siasatan terhadap Fahmi Reza tunggu laporan MCMC

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
29/12/2025
07:00 MYT
Dakwaan hina institusi diraja: Siasatan terhadap Fahmi Reza tunggu laporan MCMC
Datuk M Kumar berkata sebaik sahaja pihaknya menerima laporan daripada MCMC, kertas siasatan akan diedarkan semula kepada Jabatan Peguam Negara (AGC). - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Polis masih menunggu laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung siasatan terhadap pereka grafik bebas, Fahmi Reza.

Ringkasan AI
  • Polis masih menunggu laporan MCMC berhubung siasatan terhadap pereka grafik Fahmi Reza.
  • Laporan MCMC diperlukan sebelum kertas siasatan diedarkan semula kepada AGC untuk arahan lanjut.
  • Fahmi disiasat di bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia berhubung hantaran di media sosial yang menghina Institusi Diraja Johor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata sebaik sahaja pihaknya menerima laporan daripada suruhanjaya itu, kertas siasatan akan diedarkan semula kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).
"Kami masih menunggu laporan daripada MCMC sebelum kertas siasatan diedarkan semula kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk arahan dan nasihat selanjutnya," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini pada Isnin.
Pada 19 Disember lalu, Kumar memaklumkan keterangan Fahmi telah diambil keterangan selepas dipercayai memuat naik hantaran berunsur fitnah dan menghina Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.
Menurutnya, siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), JSJ Bukit Aman berkaitan kenyataan berhubung kes tersebut yang dimuat naik di akaun Facebook Fahmi Reza pada 15 Disember lalu.
Kumar juga berkata kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 iaitu perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut, dan jika disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Selain itu, kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Lebih 50 laporan polis telah dibuat terhadap Fahmi berhubung hantaran di media sosial yang didakwa mengandungi kenyataan dan visual bersifat melampau, provokatif serta menghina Institusi Diraja Johor.

Topic Berkaitan
#akta hasutan
#tunku mahkota ismail
#Kes Fahmi Reza
#hina institusi diraja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan