awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan mahu setiap kampung dibangunkan ke tahap terbaik
Cubaan seludup mata wang asing RM2.4 juta dalam bungkusan pakaian baharu gagal
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa bonceng anak maut motosikal bertembung lori

Sinar Harian
Sinar Harian
30/10/2024
03:50 MYT
Bapa bonceng anak maut motosikal bertembung lori
Mangsa yang terlibat kemalangan di Kilometer 65.5 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini pada Selasa disahkan meninggal dunia ditempat kejadian.
MARAN: Seorang lelaki maut manakala anak perempuannya cedera selepas motosikal dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 65.5, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini pada Selasa.
Dalam kemalangan kira-kira jam 8 malam itu, mangsa dari Kampung Sri Jaya di sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintenden, Mohamad Zamri Mohama Zaber berkata, anak perempuan mangsa yang juga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung New Zealand dilaporkan cedera.
Menurutnya, pemandu lori, seorang lelaki berusia 45 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Siasatan awal mendapati, mangsa bersama anaknya menaiki motosikal jenis Demak EX90 dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah di Sri Jaya dari arah Maran.
"Ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai gagal mengelak sebuah lori dari arah bertentangan yang membelok masuk ke simpang kanan lalu terlanggar bahagian belakang kenderaan tersebut," katanya.
Mohamad Zamri berkata, akibat kejadian mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat.
"Anak mangsa yang cedera dihantar ke Klinik Kesihatan Maran untuk mendapatkan rawatan," katanya.
Tambah beliau, hasil ujian saringan awal air kencing ke atas pemandu lori mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine dan ditahan untuk siasatan lanjut.
"Kemalangan meragut nyawa penunggang itu disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Pemandu lori turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kemalangan motosikal
#kemalangan maut
#dua beranak
#Maran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan