Dahulu dirinya menjadi tonggak keluarga mengurus kehidupan selepas bapanya diserang penyakit angin ahmar (strok) enam tahun lalu.
Namun kini segalanya berubah apabila Norazlinawani Ahmad 32 tahun, dari Kampung Bumbung Lima, Kepala Batas, Pulau Pinang pula terlantar selepas dia turut diserang strok sehingga hilang keupayaan untuk bergerak sejak dua tahun lalu.
Menurut bapanya, Ahmad Othman, anak kedua dari lima beradik itu kini hanya mampu terbaring dan segala keperluannya kini diuruskan dua orang anaknya termasuk seorang orang kelainan upaya (OKU) dengan bantuan saudara-mara serta jiran.
Dengan pergerakan terbatas, Ahmad yang diserang strok dan kematian isteri enam tahun lalu bimbang tidak dapat menyara keluarganya selepas satu-satu anak yang membantunya kini turut terlantar sakit.
“Pakcik kena strok selepas isteri meninggal enam bulan. Selepas itu anak pakcik yang perempuan menyara kami sekeluarga. Lepas itu dia pulak kena strok. Saya sudah tiada pendapatan. Dulu dia berniaga dan boleh menolong kami tetapi kini tidak lagi,” katanya ketika ditemui Astro AWANI.
Tambah Ahmad, dia kini hanya bergantung kepada pencen yang diperolehinya sewaktu berkhidmat sebagai anggota tentera berjumlah RM400 sebulan untuk membeli barang keperluan termasuk lampin pakai buang untuk mereka dua beranak.
Bagaimanapun beliau bersyukur kerana saudara mara dan jiran tetangga turut menghulurkan bantuan.
“Kadang-kadang adik beradik dan jiran datang juga bantu. Ada tu saudara dan kawan datang bantu untuk mandikan saya. Sedikit sebanyak ringan jugalah bebanan tu,' katanya.
Orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan dan sumbangan kepada keluarga ini boleh menyalurkannya ke akaun Bank Simpanan Nasional bernombor 07133 29 0000 8490 2 atas nama Ahmad Othman.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Oct 03 2018
Dengan pergerakan terbatas, Ahmad yang diserang strok dan kematian isteri enam tahun lalu bimbang tidak dapat menyara keluarganya selepas satu-satu anak yang membantunya kini turut terlantar sakit.
“Walaupun mereka minta undi belah bahagi itu hak mereka”- Speaker Dewan Rakyat
Kekecohan berlaku dalam Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen Jelutong mempertikaikan undi belah bahagi yang di mohon oleh pihak pembangkang.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
Bunuh isteri, anak selepas diminta pergi kerja
Motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada 'perang mulut' antara mangsa dan suspek.
Bapa, anak maut dalam kemalangan berantai
Seorang bapa bersama anak lelakinya maut dalam kemalangan berantai melibatkan empat kenderaan di Jalan Taman Siniawan Bau, hari ini.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.
Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.
'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor
Arwah sentiasa berpesan kepada mereka tiga beradik supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri.
Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak
Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.
Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan
Tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah.
7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?
7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?