awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa dan anak kecil maut dalam kemalangan kereta-lori Lebuhraya Latar

Astro Awani
Astro Awani
02/09/2019
21:35 MYT
Bapa dan anak kecil maut dalam kemalangan kereta-lori Lebuhraya Latar
Keadaan kereta yang terlibat kemalangan.
Seorang lelaki dan anaknya berusia dua tahun maut dalam kemalangan kereta di Kilometer 9.2, Lebuhraya Latar, Ijok, menghala ke Rawang kira-kira jam 12 tengah malam tadi.
Isteri mangsa dan seorang lagi anak, yang merupakan kembar kepada anak yang maut itu, bagaimanapun terselamat.
Mangsa dikenali sebagai Muhd Ridzo Fadzly Rosely, 37 tahun, berasal dari Kedah.
Anaknya yang maut dikenali sebagai Ahmad Ariffin.
Ketika kejadian, mangsa yang memandu Proton Persona dipercayai gagal mengelak, lalu merempuh lori membawa muatan tilam.
Isteri dan bayi mangsa, dipercayai duduk di bahagian belakang penumpang, berjaya dikeluarkan pengguna jalan raya.
Kerja-kerja mengeluarkan mangsa mengambil masa 90 minit.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supt Md Asri A. Wahab berkata, siasatan awal mendapati kereta yang dipandu Muhd Ridzo Fadzly dalam perjalanan menghala ke Kuala Lumpur dari Kedah dipercayai hilang kawalan sebelum terlanggar dan terperosok di bawah treler, yang bergerak di hadapannya.
"Akibat kemalangan itu, mangsa bersama anaknya yang merupakan penumpang hadapan tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala isteri dan seorang lagi anaknya cedera parah," katanya menurut laporan Bernama.
Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tanjung Karang untuk bedah siasat manakala kedua-dua mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.
Topic Berkaitan
#Ijok
#kemalangan
#Kuala Lumpur Kuala Selangor Expressway
#Kuala Selangor
#Lebuhraya Latar
#Lori
#maut
#mayat
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan