PANDEMIK COVID-19 yang melanda dunia lebih dua tahun memberi kesan mendalam kepada hampir semua lapisan masyarakat.
Bukan sekadar kehilangan sumber pendapatan, malah ada yang kehilangan orang tersayang dek virus pembunuh yang telah meragut nyawa jutaan manusia.
Di Kelantan, kehidupan lima beradik di Kampung Baru, Bachok kini terumbang-ambing apabila kesemua ahli keluarga mereka, termasuk ibu bapa, disahkan positif COVID-19.
Walaupun hampir semua ahli keluarga itu telah pulih, nasib si bapa adalah sebaliknya.
Ketua keluarga itu kini terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II, (HRPZ)
Titik hitam keluarga ini bermula pada 15 Mei lalu, apabila Roselan Abdul Aziz, 45, yang bertugas sebagai pengawal keselamatan disahkan postif COVID-19.
Pada 18 Mei, Roselan terpaksa dihantar ke ICU selepas dilaporkan kritikal.
Lebih malang lagi apabila Roselan mengalami serangan strok, yang menyebabkan dia tidak boleh bergerak dan dalam keadaan separa sedar.
Isterinya, Suhaila Zainuddin, 43, seorang suri rumah, mengambil tanggungjawab menjaga dan menguruskannya di hospital.
Anak sulung pasangan berkenaan, Muhamad Alif, 15, memberitahu ayahnya ada berpesan supaya menjaga adik-adik yang lain sebelum insan tersayang itu dikomakan.
Kelima-lima beradik itu, Muhamad Alif Roselan, 15; Nur Fatihah, 14; Muhamad Adam, 10; Nur Syafiqa, 8; dan Nur Amirah 7 tahun, kini ditumpangkan di rumah ibu saudara mereka di Tanjong Mas sejak 16 Jun lalu.
Menurut Alif, mereka tiada pilihan lain selain mengharapkan bantuan ibu saudara.
Shuhada Abdul Aziz, 31, berkata meskipun dirinya hiudp juga serba kekurangan, namun anak-anak saudaranya itu dijaga dengan baik.
Suaminya Shuhada bekerja sebagai pemandu lori, namun kini tidak dapat bertugas susulan sekatan penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Sekarang ini suami tak kerja.
"Ada juga bantuan datang, sikit-sikit untuk adik-beradik ni," kata Shuhada.
Mereka mengharapkan ayah sedar semula.
Mereka ada bagitahu tidak suka hidup macam ni, nak macam dulu-dulu,"ujar Suhada.
Suhada turut mempunyai enam orang antara dua bulan hingga 17 tahun .
Muhafandi Muhamad
Tue Jun 29 2021
Kelima-lima beradik itu kini ditumpangkan di rumah ibu saudara mereka di Tanjong Mas sejak 16 Jun lalu. - Astro AWANI
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Kerajaan kekal kaedah bantuan terus kepada mangsa banjir - Ahmad Zahid
Kerajaan akan mengekalkan kaedah pemberian terus bantuan kepada mangsa banjir menerusi agensi yang berkaitan berbanding wakil rakyat.
Pasukan Remaja, Senior bersinar di ICU Cheerleading World Cup
Kejayaan itu dicapai di sebalik pasukan bergelut dengan kecederaan menimpa atlet dan jurulatih, memaksa perubahan saat akhir kepada rutin mereka.
Masa untuk Mickey kembali bersama Harimau Malaya semakin hampir
Pemain sayap kebangsaan Mohamad Faisal Abdul Halim memberi bayangan masa untuknya kembali menyarung jersi skuad Harimau Malaya semakin hampir.
Exco Pelancongan Perlis kembali bertugas seperti biasa - MB
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Perlis Wan Badariah Wan Saad telah kembali bertugas minggu lepas.
Suspek tikam ibu saudara masih di ICU, belum stabil - Polis
Suspek dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang setelah mengadu pening kepala sebaik tangkapan dijalankan.
Lebih banyak RKI dibina dalam Parlimen Alor Gajah - Adly
Lebih banyak rumah baharu dan pembaikan rumah rosak atau uzur di bawah inisiatif RKI akan dilaksanakan dalam Parlimen Alor Gajah demi keselesaan dan kesejahteraan rakyat di kawasan berkenaan.
ADUN Mahkota dilapor dalam keadaan kritikal
Ubat tidur yang diberikan kepada beliau telah dihentikan sejak pagi tadi.
92 projek pembangunan di Kelantan akan dimulakan tahun ini
Sejumlah 92 projek pembangunan baharu di Kelantan berjumlah RM2.8 bilion diluluskan kerajaan Persekutuan dalam Rolling Plan Ke-4, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) akan dimulakan tahun ini.
Keadaan Exco Pelancongan Perlis bertambah baik, kini ditempatkan di wad biasa
Keadaan Wan Badariah Wan Saad kini semakin bertambah baik, dan ditempatkan di wad biasa selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini pada 14 Mei.
Lata Bayu ditutup sementara, dua pengunjung disyaki dijangkiti kencing tikus
Dua mangsa kini sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital di Kedah.