awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa ditahan dipercayai bersekongkol dengan pelajar buang bayi di Putrajaya

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
08/02/2019
10:53 MYT
Bapa ditahan dipercayai bersekongkol dengan pelajar buang bayi di Putrajaya
Pihak forensik PDRM melakukan siasatan terhadap janin bayi perempuan yang masih bertali pusat yang ditemui di rumah sampah Blok D, Apartment P18R13, Presint 18, Putrajaya pada Khamis. - Foto BERNAMA
Polis menahan tiga individu susulan penemuan mayat bayi perempuan di rumah sampah sebuah kuarters penjawat awam di Presint 18 di sini, semalam.
Individu yang ditahan terdiri daripada pasangan kekasih dan bapa kepada remaja perempuan yang melahirkan bayi berkenaan.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, bayi perempuan tersebut dilahirkan kelmarin kira-kira jam 11.30 pagi oleh suspek yang berusia 17 tahun.
Katanya, remaja tersebut dipercayai telah menutup mulut bayi dengan tuala dan membalut tubuhnya degan selimut lalu dimasukkan ke dalam sebuah beg.
BACA: Janin bayi ditemui dalam tong sampah
Janin yang dianggar dalam lingkungan tujuh hingga lapan bulan itu ditemui oleh pekerja Alam Flora yang sedang melakukan tugas pungutan sampah di Blok D perumahan tersebut. - BERNAMA
Janin yang dianggar dalam lingkungan tujuh hingga lapan bulan itu ditemui oleh pekerja Alam Flora yang sedang melakukan tugas pungutan sampah di Blok D perumahan tersebut. - BERNAMA
Beg tersebut kemudiannya dimasukkan ke dalam plastik sampah yang diikat dan diletakkan di luar rumahnya bersama sampah yang lain.
Plastik itu telah diambil oleh bapa suspek yang berusia 43 tahun dan diletakkan di rumah sampah berhampiran kawasan perumahan mereka.
Bapa suspek remaja perempuan dan teman lelakinya telah direman dua hari hingga Sabtu manakala remaja perempuan berkenaan direman empat hari hingga Isnin.
Bedah siasat terhadap janin itu dijalankan di Hospital Putrajaya dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat.
BACA JUGA: Tiga lelaki termasuk seorang remaja ditahan tanam janin bayi tepi sawah
BACA JUGA: Janin bayi ditemukan dalam lubang kumbahan
Topic Berkaitan
#buang bayi
#janin
#Putrajaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan