awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa kandung perlu tunggu 30 hari

Astro Awani
Astro Awani
09/10/2017
03:31 MYT
Bapa kandung perlu tunggu 30 hari
Bapa kandung perlu tunggu sekurang-kurangnya 30 hari untuk mendapatkan hak penjagaan. - Foto Astro AWANI.
Bapa kandung kepada kanak-kanak yang dirantai pada sebuah tong gas, di sebuah rumah di Indera Mahkota, di sini baru-baru ini, perlu menunggu sekurang-kurangnya 30 hari sebelum mahkamah memutuskan dia layak untuk menjaga kanak-kanak tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata, perkara itu adalah prosedur operasi standard memandangkan kes itu di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 selain tertakluk kepada laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
"Dalam perjumpaan saya dengan bapa kandung kanak-kanak itu, beliau memberitahu bersedia untuk menjaga anaknya.
"Bagaimanapun, saya menjelaskan bahawa beliau boleh menjaga anaknya selepas mendapat perintah mahkamah dalam tempoh 30 hari memandang kes itu di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.
"Sekiranya mahkamah berpuas hati lelaki itu layak menjaga kanak-kanak itu, mahkamah akan memerintahkan penjagaan kepada kepada beliau," katanya kepada pemberita di sini.
BACA: Hasrat budak lelaki temui bapa kandung tercapai
Hasrat kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang ditemukan separa bogel, tidak sedarkan diri serta lehernya dirantai pada tong gas untuk bertemu bapa kandungnya termakbul apabila lelaki datang melawatnya di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan petang semalam.
Bagaimanapun bapa kandung kanak-kanak itu tidak mahu didekati media atas sebab masalah keluarga.
Topic Berkaitan
#Akta Kanak-kanak 2001
#HTAA
#kanak-kanak didera
#Kanak-kanak dirantai
#penderaan
#Shahaniza Shamsuddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan