awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa maut, anak parah dalam kemalangan di LPT2

Astro Awani
Astro Awani
28/04/2017
08:10 MYT
Bapa maut, anak parah dalam kemalangan di LPT2
Seorang bapa maut manakala anaknya parah selepas kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di kilometer 347, Lebuhraya Pantai Timur2 LPT2 pagi tadi.
Seorang bapa maut manakala anaknya parah selepas kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di kilometer 347, Lebuhraya Pantai Timur2 (LPT2) pagi tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 pagi di laluan selepas susur keluar Kuala Dungun, di sini.
Mangsa Jasni Mohamed, 40, maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Manakala anaknya, Afiq Haikal, 10, parah di kepala dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.
Isteri mangsa, Rosmawati Deraman, 35, dan tiga lagi anaknya, Aidil Hakimi Jasni, 14, Nuraina Hazwani Jasni, 7 dan Aqil Hazwan Jasni, 10 bulan, cedera ringan dan dirawat di Hospital Dungun.
Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Proton Perdana V6 yang dipandu Jasni dari arah Kuala Terengganu ke Kuantan dipercayai terbabas dan melanggar besi penghadang jalan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Amri Mohamad berkata, sepasukan enam anggota bomba dengan sebuah jentera bergegas ke tempat kejadian.
Katanya, anggota bomba mengambil masa selama 15 minit bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Jenazah dihantar ke unit forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#Lebuh Raya Pantai Timur
#LPT2
#maut
#parah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan