awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa minta wang, selesai kes guru cabul anak

Sinar Harian
Sinar Harian
15/02/2024
09:46 MYT
Bapa minta wang, selesai kes guru cabul anak
Lelaki berusia 50 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu dikatakan bertindak sedemikian bagi menyelesaikan kes cabul membabitkan guru itu dengan anak perempuannya berusia 14 tahun.
IPOH: Seorang bapa ditahan selepas disyaki melakukan peras ugut dengan meminta wang daripada guru sekolah anaknya di sini pada Selasa.
Lelaki berusia 50 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu dikatakan bertindak sedemikian bagi menyelesaikan kes cabul membabitkan guru itu dengan anak perempuannya berusia 14 tahun.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, siasatan awal dijalankan mendapati, bapa mangsa mengesyaki guru berusia 59 tahun tersebut telah beberapa kali melakukan gangguan seksual ke atas anaknya.
"Bagi menyelesaikan kes itu, bapa mangsa meminta sejumlah wang daripada guru berkenaan.
"Perbuatan itu dilaporkan kepada polis dan tangkapan telah dibuat bagi siasatan kes mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana memeras ugut," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.
Beliau berkata, polis turut melakukan tangkapan ke atas guru berkenaan selepas menerima laporan daripada mangsa berhubung kes cabul itu, Isnin lalu.
Katanya, berdasarkan keterangan diberikan, guru terbabit mencabul mangsa sebanyak lima kali antara Disember 2023 hingga Januari lalu.
"Guru terbabit telah ditangkap di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya.
Yahaya berkata, bapa mangsa dan guru tersebut telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan diambil.
"Kertas siasatan akan dilengkapkan segera dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#gangguan seksual
#peras ugut
#guru sekolah
#kes cabul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan