Berlagak dan berani mati. Itu antara sikap samseng jalanan yang dikesan di dalam operasi bersepadu di Persiaran Sultan, Shah Alam, malam tadi.
Malah, tindakan beberapa pemuda yang cuba meloloskan diri dari sekatan jalan dengan menongkah arah akhirnya membawa padah apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas.
Mereka, bagaimanapun, hanya mengalami kecederaan ringan.
Operasi Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik IPD Shah Alam bermula jam 12 malam hingga 6 pagi tadi itu berjaya menyita lebih 63 buah motosikal yang cuba diubah suai menjadi motosikal lumba.
Penguatkuasa trafik IPD Shah Alam Inspektor Mohd Nazli Nordin berkata, kebanyakkan motosikal itu diubah suai hingga mencecah ribuan ringgit.
Malah, ada antara mereka yang sanggup berdepan tindakan saman asalkan motosikalnya nampak gah.
“Datang sini pergi Dataran (Shah Alam). Mak tahu saya keluar (tapi) saya cakap kat mak nak jalan situ je.
“Bapa tak tahu.. saya keluar ikut pintu depan. Bapa kerja… saya sekolah lagi,” kata seorang remaja, 14 tahun, yang ditahan dalam operasi tersebut.
Seorang pemuda yang dikenali sebagai Amirul, 22 tahun pula, berkata lumba motosikal merupakan ‘hobinya’.
“Saya tahu salah tapi ini kan hobi saya… nak buat macam mana. Setakat sekarang ni (kos ubah suai) dalam RM4,000 hingga RM5,000 ribu macam tu. Baru setahun (terlibat)… memang minat,” katanya.
Sejumlah 380 buah motosikal dan 32 buah kenderaan telah diperiksa sepanjang operasi itu dijalankan.
Hasilnya, 179 saman dikeluarkan dan kesalahan tertinggi yang dicatat ialah ketiadaan lessen di mana 81 saman telah dikeluarkan.
Seorang wanita turut ditangkap kerana positif dadah jenis methamphetamine.
Kesemua tangkapan dibawa ke IPD Shah Alam untuk tindakan lanjut.
Astro Awani
Sun Feb 18 2018
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
'Bapa tak tahu saya keluar' - budak 14 tahun antara samseng jalanan yang dicekup
Berlagak dan berani mati. Itu antara sikap samseng jalanan yang dikesan di dalam operasi bersepadu di Persiaran Sultan, Shah Alam, malam tadi.
Bom Jakarta: Manifestasi pasca pimpinan Muhammad Wanndy - TPM
Insiden letupan bunuh diri di Jakarta Timur pada lewat Rabu malam adalah manifestasi gerakan militan Daish di wilayah Nusantara pasca pimpinan Muhammad Wanndy.
Suspek serangan berani mati di Turki dikenal pasti
Perdana Menteri Turki Ahmet Davutoglu mengesahkan suspek serangan berani mati di Suruc sudah dikenal pasti.
Pengebom berani mati berbaju seragam sekolah bunuh 48 orang di Nigeria
Bom telah meledakkan sekolah pelajar lelaki ketika mereka sedang dalam perhimpunan pagi sebelum kelas bermula pada kira-kira jam 7.50 pagi waktu tempatan.
30 maut dalam serangan berani mati di Damsyik
Sekurang-kurangnya 30 maut dalam serangan berani mati di bahagian timur ibu negara, Damsyik.
20 maut dalam serangan berani mati di Iraq
Sekurang-kurangnya 20 maut dalam serangan berani mati di Iraq ketika penyokong politik berkumpul di bandar Baqouba.