awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa tiri didakwa amang seksual dua anak tiri

Sinar Harian
Sinar Harian
20/08/2024
06:45 MYT
Bapa tiri didakwa amang seksual dua anak tiri
Pemandu jengkaut didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Selasa atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua anak tirinya. - Foto Sinar Harian
IPOH: Seorang pemandu jengkaut didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Selasa atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua anak tirinya.
Lelaki berusia 44 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Hilmiah Yusof.
Mengikut pertuduhan, tertuduh melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun ketika kejadian yang mana dia mempunyai hubungan amanah dengan mangsa.
Tertuduh didakwa dilakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Pantai Remis, Manjung pada waktu siang hari, satu hari dalam bulan April dan Mei 2023.
Lelaki itu juga didakwa melakukan perbuatan sama terhadap kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun ketika kejadian di lokasi sama sekitar jam 11 pagi pada satu hari dalam tahun 2022.
Pertuduhan terhadap lelaki itu dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Qurratu'aini Khalifah mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dibaca bersama Seksyen 16(1) akta yang sama.
Bagi hukuman di bawah pertuduhan itu, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Qurratu'aini Khalifah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM11,000, selain syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu mangsa dan mana-mana saksi pendakwaan.
Mahkamah turut menetapkan 23 September depan untuk sebutan semula kes. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pemandu jengkaut didakwa
#amang seksual fizikal
#dua anak tiri
#manjung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan