MENURUT Justin Donnelly, seorang jurutera perisian untuk Chrome – bar alamat pada pelayar web Chrome digunakan sebanyak berbilion kali setiap hari.

Bar alamat Chrome turut dikenali sebagai omnibox akan menjadi lebih pintar dengan Chrome versi (M124) kerana pembelajaran mesin telah diintegrasikan.

Donnelly dan pasukan Chrome menyedari yang omnibox sepatutnya menjadi lebih pintar dengan mencadangkan alamat web atau kata kunci carian lain yang lebih tersuai dengan setiap pengguna.

Ini bermakna, Chrome turut boleh mencadangkan laman web yang tepat, membetulkan ejaan alamat web yang salah ditaip oleh pengguna dan banyak lagi.

Sasaran pasukan Chrome bermula versi M124 dan ke atas nanti adalah menjadikan pelayar web ini lebih pintar dan tersuai dengan setiap pengguna.

Pelayar web yang bijak mempelajari corak penggunaan aktiviti pengguna akan menyumbang kepada penambahbaikan pelayar web dan mendorong kepada jumlah pengguna yang lebih tinggi. -Amanz