awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beberapa sungai utama di Selangor dikesan jadi habitat ikan pemangsa - DOF

Bernama
Bernama
17/05/2024
20:40 MYT
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan jadi habitat ikan pemangsa - DOF
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan menjadi habitat ikan pemangsa (invasif) dan juga dikenali sebagai "alien spesies" (spesies asing).
PUTRAJAYA: Beberapa sungai utama di Selangor dikesan menjadi habitat ikan pemangsa (invasif) dan juga dikenali sebagai "alien spesies" (spesies asing) berdasarkan program inventori yang dijalankan oleh Jabatan Perikanan Selangor serta maklum balas daripada nelayan darat.
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) memaklumkan, spesies invasif berkenaan mula mengancam populasi ikan tempatan seperti ikan kelah, temoleh, jelawat, lampam, tengalan, kerai, terbul, sebarau, baung serta udang galah yang selama ini mendiami perairan berkenaan.
Pengarah Perikanan Selangor, Noraisyah Abu Bakar berkata, beberapa sungai yang dikesan menjadi habitat spesies invasif ialah Sungai Klang, Sungai Langat, Sungai Selangor dan Sungai Bernam serta di beberapa tasik juga kolam takungan.
"Ikan spesies invasif seperti baung ekor merah, peacock bass dan pacu mempunyai keupayaan membiak serta boleh membesar dengan cepat dan terus berkembang. Sebahagian ikan-ikan ini juga boleh bertahan pada keadaan air yang tercemar seperti ikan keli Afrika dan ikan bandar raya (ikan pleco)," menurut kenyataan itu.
DOF memaklumkan, antara faktor dikenal pasti menjadi punca lambakan ikan invasif disebabkan ritual keagamaan dan membayar nazar serta yang dibawa masuk bagi tujuan hobi atau dibela dalam akuarium namun kemudian dilepaskan oleh segelintar pihak tidak bertanggungjawab ke sistem saliran tempatan apabila tidak lagi mampu memelihara.
Jabatan itu memaklumkan, pihaknya tidak pernah melarang atau menyekat sesiapa untuk melakukan upacara nazar namun dengan syarat tidak melepaskan ikan invasif ke perairan umum.
Menurut beliau, semua pihak yang berhasrat untuk melepaskan ikan ke perairan umum diminta mendapatkan khidmat nasihat Pejabat Perikanan Daerah terdekat dan DOF menggalakkan pelepasan ikan tempatan ke perairan umum seperti ikan lampam asli, udang galah, baung dan sebagainya.
Bagi individu yang tidak lagi mampu untuk memelihara ikan asing itu diminta berhubung terus dengan Jabatan Perikanan terdekat bagi membuat serahan untuk pengendalian sewajarnya.
DOF juga menyeru semua pihak serta mana-mana individu agar tidak sewenang-wenangnya melepaskan anak-anak ikan atau ikan-ikan yang tergolong dalam ketegori ikan pemangsa. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#sungai utama
#Selangor
#habitat ikan pemangsa
#spesies asing
#Jabatan Perikanan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan