awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Barang jualan peniaga asing di ibu negara disita

Sinar Harian
Sinar Harian
03/01/2024
03:30 MYT
Barang jualan peniaga asing di ibu negara disita
Kesemua barangan yang di sita dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL Jalan Lombong Taman Miharja Cheras untuk tindakan rekod dan dokumentasi. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan sitaan terhadap barang jualan sembilan peniaga warga asing dalam operasi di sekitar Jalan Silang dan Lebuh Pudu di ibu negara.
DBKL dalam kenyataan semalam, memaklumkan operasi terhadap peniaga warga asing terbabit dijalankan Jabatan Penguatkuasaan ekoran terdapat aduan penjaja warga asing berniaga di lokasi itu.
"Hasil pemantauan dan tindakan serta-merta dijalankan, sembilan tindakan sita dan pindah barangan penjajaan telah dilakukan di bawah kesalahan menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen dari pihak berkuasa menerusi peruntukan UUK 3, Undang-Undang Kecil Perlesenan Penjaja (WPKL) 2016," kata kenyataan.
Kesemua barangan yang disita dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL Jalan Lombong Taman Miharja Cheras untuk tindakan rekod dan dokumentasi.
Dalam pada itu, DBKL turut mengeluarkan 35 notis kompaun pelbagai kesalahan ke atas kenderaan yang membuat halangan lalu-lintas sekitar kawasan Jalan Silang dan Lebuh Pudu menerusi Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959.
"Tindakan penguatkuasaan akan diteruskan dari masa ke semasa dengan kerjasama agensi penguatkuasaan lain selepas ini," kata pihak berkuasa tempatan itu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#DBKL
#peniaga warga asing
#barang jualan
#sita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan