awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Barat mula lihat Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi serantau

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
08/07/2025
21:10 MYT
Barat mula lihat Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi serantau
Novie berkata, kemunculan Malaysia sebagai peneraju dalam beberapa inisiatif baharu dalam bidang pendidikan membuka dimensi baharu. - X @NovieTajuddin
KUALA LUMPUR: Malaysia kini semakin mendapat perhatian sebagai hab pendidikan tinggi serantau apabila negara-negara Barat mula mengiktiraf potensi serta keupayaan institusi pendidikan tinggi negara ini bersaing di peringkat global.
Ketua Pegawai Eksekutif Education Malaysia Global Services (EMGS), Novie Tajuddin berkata, kemunculan Malaysia sebagai peneraju dalam beberapa inisiatif baharu dalam bidang pendidikan membuka dimensi baharu sekali gus membuatkan dunia mula memandang Malaysia.
"Sebagai contohnya, saya ketika dijemput menghadiri satu acara pendidikan antarabangsa di Berlin tahun lalu bersama wakil dari Korea Selatan, China dan Jepun, topik yang dibincangkan ketika itu ialah mengenai kebangkitan pendidikan tinggi dari Asia.
"Negara-negara Barat yang selama ini mendominasi pasaran pendidikan global sudah mula melihat Malaysia, Korea, Jepun dan China sebagai cabaran baharu dalam industri ini.
"Kalau kita lihat dalam penerbitan majalah-majalah pendidikan antarabangsa, banyak yang sudah mengetengahkan Malaysia sebagai contoh terbaik. Malah, projek seperti Izack (contoh projek) adalah sesuatu yang belum pernah dibuat oleh negara lain dan Malaysia menjadi yang pertama melaksanakannya," katanya dalam Agenda AWANI di sini, pada Selasa.
Mengulas sasaran kerajaan untuk menarik lebih ramai pelajar antarabangsa, Novie menegaskan, keutamaan Malaysia bukan semata-mata jumlah pelajar, tetapi juga memastikan kualiti pelajar yang hadir ke negara ini.
"Seperti ditegaskan Menteri Pendidikan Tinggi (Datuk Seri Zambry Abd Kadir), pelajar antarabangsa bukan komoditi.
"Sebab itu EMGS bersama Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia, sentiasa memastikan proses saringan ketat bagi memastikan hanya pelajar yang benar-benar tulen datang ke Malaysia untuk belajar," katanya lagi.
Tambah beliau, langkah kawalan seperti Malaysian Border Security (MBS) dan kerjasama bersepadu antara agensi berkaitan berjaya mengurangkan pelbagai isu yang sebelum ini dikaitkan dengan pelajar antarabangsa.
"Insya-Allah hari ini kita dapat lihat penambahbaikan itu memberi impak positif dalam memperkukuhkan reputasi Malaysia sebagai destinasi pendidikan yang selamat dan berkualiti tinggi," katanya.
Topic Berkaitan
#Polis Diraja Malaysia
#Kementerian Pendidikan Tinggi
#EMGS
#hab pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan