Astro Publication
Mon Aug 24 2015
Mungkin ramai yang mengenali jenama Renault, dan tidak dinafikan model-model kenderaan daripada syarikat Perancis ini sudah digunakan di Malaysia agak lama, tetapi kehadirannya di Malaysia oleh wakil sah masih lagi agak baharu. Meskipun begitu, langkah mereka memperkenalkan model RS – ataupun Renault Sport – begitu pantas menaikkan reputasi mereka. Lebih-lebih lagi kepada penggemar kereta berprestasi tinggi.
Minggu lepas, TC Euro Cars telah memperkenalkan sepasang lagi model khas untuk pembeli seperti itu. Megane R.S. 275 Trophy-R dan R.S. 265 Cup adalah varian yang lebih bertenaga daripada model Megane R.S. 265 yang dijual TC Euro Cars sekarang.
Megane R.S. 275 Trophy R
Seperti namanya, Megane R.S. 275 Trophy R mengekstrak tambahan 10 kuasa kuda daripada enjin Renault Sport 2.0L dengan sistem pengecas turbo untuk menghasilkan 275hp pada 5,500rpm. Manakala tork maksimum 360Nm boleh dinikmati sepanjang julat rev yang lebih lebar, daripada 3,000 hingga 5,000rpm.
Casis datang standard dengan spesifikasi ‘Cup’ yang lebih fokus kepada pemanduan lincah, dan juga lengkap dengan ‘limited slip differential’.
Turut standard adalah ekzos titanium Akropovic, ia bukan sahaja lebih ringan tetapi juga Megane R.S. 275 Trophy-R bunyi yang lebih dalam dan garang. Selain itu, jentera ini juga datang dengan peredam boleh laras Ohlins Road&Track, gegelung komposit Allevard dan tayar Michelin Pilot Sport Cup 2.
Sistem brek ditambah baik ke cakera brek lebih besar berdiameter 350mm, berbanding cakera standard 340mm.
TC Euro Cars hanya menawarkan 10 unit sahaja Renault Megane R.S. 275 Trophy-R edisi terhad. Ia berharga RM300,000 di atas jalan termasuk GST tanpa insurans, untuk pendaftaran peribadi di Semenanjung Malaysia sahaja.
Megane R.S. 265 Cup
Varian ini adalah yang sudah dijanjikan agak lama, dan secara ringkasnya adalah Megane R.S. 265 yang dijual sekarang tetapi ditambah dengan casis ‘Cup’. Kualiti pengendalian luar biasa dan cengkaman optimum diperoleh menerusi chasis R.S serta sistem topang paksi berkembar (double-axis) bebas Renault yang diadaptasi daripada jentera perlumbaan. Ia membantu memisahkan kekangan rangkaian kuasa dan stereng bagi menawarkan perpindahan kuasa yang lebih baik ke atas jalan raya. Pada masa yang sama mengurangkan masalah ‘torque steer’.
Sudah pasti ini menjadi satu tambah baik yang sesuai untuk jentera ini yang kerap dapat dilihat di litar Sepang. Harganya adalah RM234,888 seunit, di atas jalan termasuk GST tanpa insurans, untuk pendaftaran peribadi di Semenanjung Malaysia sahaja.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Renault Megane generasi terbaharu akan muncul di Frankfurt
Tidak banyak maklumat terperinci yang ada, tetapi seperti yang kita semua nampak, ia kelihatan hebat
Barisan Renault Megane diperkuatkan model R.S. tambahan
R.S. 265 Cup dan R.S. 275 Trophy-R memberi keseronokan tambahan bagi pemandu yang mahukan pretasi terbaik