DREBAR
Renault Megane generasi terbaharu akan muncul di Frankfurt


Akan tiba di Frankfurt, Jerman tidak lama lagi - Renault Megane generasi terkini.Posted by Drebar.my on Tuesday, 8 September 2015
Megane generasi baharu ini juga 47mm lebih lebar (di hadapan) dan 39mm lebih lebar di belakang berbanding Megane yang digantinya.
Versi GT eksklusif yang dijadualkan akan ditunjukkan bersama varian Megane biasa buat pertama kali di Frankfurt. Apa yang ada pada GT adalah, antara lain, corong ekzos krom dan spoiler belakang. Selain itu, versi GT ini boleh didapati di dalam warna ‘Iron Blue’ bersama ‘Dark Metal’ pada beberapa bahagian lain. Tayar pula bersaiz 18-inci yang dihasilkan khas oleh Renault Sport.
Untuk perincian Renault Megane baharu, kita hanya perlu menunggu untuk lebih kurang seminggu sahaja lagi apabila ia akan dipamerkan buat pertama kali di Frankfurt.


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami