awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
New Zealand tidak akan sertai Lembaga Keamanan tajaan Trump
Edar 72.52 g methamphetamine, buruh dipenjara 30 tahun, 12 sebatan
Peniaga kuih akok lapan perisa rancang hasilkan produk sejuk beku
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Baru larikan kenderaan 30 minit, penyamun maut kemalangan

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
16/08/2020
08:10 MYT
Baru larikan kenderaan 30 minit, penyamun maut kemalangan
Keadaan kereta Proton Exora yang terbalik akibat kemalangan di Kilometer 20.5 Jalan Johor Bahru- Kota Tinggi. - PDRM
Seorang lelaki hanya sempat ‘bergembira’ dengan kenderaan yang dilarikannya selama 30 minit sebelum maut dalam kemalangan di Kilometer 20.5 Jalan Johor Bahru- Kota Tinggi, pagi Ahad.
Sementara itu, seorang lagi rakan jenayahnya yang di tempat duduk penumpang cedera parah, dan kini menerima rawatan di zon merah hospital.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Ismail Dollah berkata kenderaan itu dilaporkan hilang kira-kira jam 7 pagi di Taman Puteri Wangsa.
Jelas Ismail, tuan punya kereta Proton Exora telah membuat aduan bahawa kenderaannya dilarikan oleh dua lelaki.
Siasatan mendapati kemalangan itu berlaku apabila Proton Exora yang dipandu lelaki berusia 18 tahun itu bersama rakannya yang berumur 22 tahun, dari arah Johor Bahru menghala ke Kota Tinggi hilang kawalan.
Proton Exora hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan dua kenderaan secara berhadapan iaitu Perodua Kelisa dan Myvi.
Akibat kejadian, lelaki yang memandu itu yang cedera parah di bahagian kepala maut di lokasi kejadian, manakal penumpang parah.
Pemandu Kelisa, seorang lelaki berusia 40-an serta penumpang dua kanak-kanak berusia 5 dan 8 tahun mengalami kecederaan. Wanita berumur 38 tahun yang memandu Myvi turut cedera.
Kesemua mangsa terlibat kemalangan dihantar ke Hospital Sultan Ismail.
Jelas Ismail, semakan turut mendapati, pemandu dan penumpang Exora masing-masing mempunyai tiga dan tujuh rekod jenayah lampau.
Kes kemalangan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan, manakala kes jenayah disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan.
Topic Berkaitan
#bomba
#curi kenderaan
#Johor
#kemalangan
#kenderaan dilarikan
#PDRM
#penyamun maut
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan