Skip to main content

Malaysia

Jerebu: Shah Alam catat penurunan IPU terbesar, Johan Setia masih tertinggi

Berdasarkan data Jabatan Alam Sekitar (JAS), Shah Alam merekodkan penurunan bacaan IPU terbesar apabila turun 24 mata daripada 122 kepada 98, sekali gus kembali ke kategori Sederhana. -Gambar fail
Berdasarkan data Jabatan Alam Sekitar (JAS), Shah Alam merekodkan penurunan bacaan IPU terbesar apabila turun 24 mata daripada 122 kepada 98, sekali gus kembali ke kategori Sederhana. -Gambar fail

Advertisement

Ringkasan AI

  • Jumlah stesen dengan bacaan IPU Tidak Sihat menurun kepada empat kawasan setakat jam 5 petang, berbanding lima kawasan sejam sebelumnya.
  • Shah Alam mencatat penurunan bacaan IPU terbesar, turun dari 122 kepada 98 dan kembali ke kategori Sederhana.
  • Johan Setia kekal merekodkan bacaan IPU tertinggi di negara ini walaupun turun satu mata kepada 154.

KUALA LUMPUR: Jumlah stesen yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap Tidak Sihat menurun kepada empat kawasan setakat jam 5 petang berbanding lima kawasan sejam sebelumnya.

Berdasarkan data Jabatan Alam Sekitar (JAS), Shah Alam merekodkan penurunan bacaan IPU terbesar apabila turun 24 mata daripada 122 kepada 98, sekali gus kembali ke kategori Sederhana.

Penurunan bacaan IPU turut direkodkan di beberapa kawasan lain termasuk Putrajaya yang turun 10 mata daripada 132 kepada 122 serta Nilai yang menurun daripada 140 kepada 130.

Klang pula mencatat penurunan empat mata kepada 139, manakala Johan Setia kekal merekodkan bacaan IPU tertinggi di negara ini meskipun turun satu mata kepada 154.

Keadaan itu menjadikan hanya empat stesen kekal dalam kategori Tidak Sihat.

Sementara itu, sebanyak 57 stesen berada dalam kategori Sederhana termasuk Shah Alam (98), Banting (97), Cheras (96), Port Dickson (95), Seremban (93) dan Batu Muda (89).

Peningkatan kecil bacaan IPU direkodkan di beberapa kawasan termasuk Tawau yang meningkat kepada 78, manakala Kota Kinabalu naik enam mata kepada 45 tetapi masih berada dalam kategori Baik.

Jumlah kawasan yang merekodkan kualiti udara pada tahap Baik ialah tujuh stesen.

Limbang, Sarawak terus mencatat bacaan IPU terendah di negara ini iaitu 35, diikuti Sibu (44) dan Mukah (46), manakala Sarikei meningkat kepada 52 dan kembali ke kategori Sederhana.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai Baik, 51 hingga 100 (Sederhana), 101 hingga 200 (Tidak Sihat), 201 hingga 300 (Sangat Tidak Sihat) dan melebihi 300 sebagai Berbahaya.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Berapakah jumlah stesen yang merekodkan bacaan IPU Tidak Sihat setakat jam 5 petang? 
    A: Empat stesen merekodkan bacaan IPU pada tahap Tidak Sihat setakat jam 5 petang.
  • Q: Kawasan manakah yang mencatat penurunan bacaan IPU terbesar? 
    A: Shah Alam mencatat penurunan bacaan IPU terbesar, turun 24 mata daripada 122 kepada 98.
  • Q: Apakah kategori bacaan IPU bagi Shah Alam selepas penurunan tersebut? 
    A: Selepas penurunan, Shah Alam kembali ke kategori Sederhana dengan bacaan IPU 98.
  • Q: Berapakah jumlah stesen yang berada dalam kategori Sederhana? 
    A: Sebanyak 57 stesen berada dalam kategori Sederhana.
  • Q: Apakah julat bacaan IPU bagi setiap kategori kualiti udara? 
    A: Bacaan IPU 0-50 (Baik), 51-100 (Sederhana), 101-200 (Tidak Sihat), 201-300 (Sangat Tidak Sihat), melebihi 300 (Berbahaya).

Product Recommendation Section Title

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

Must Watch Video

Advertisement