awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bas ekspres di Sarawak dibenar beroperasi pada kapasiti penuh bermula esok

Bernama
Bernama
04/11/2021
12:48 MYT
Bas ekspres di Sarawak dibenar beroperasi pada kapasiti penuh bermula esok
Perkhidmatan bas ekspres dan bas berhenti-henti di Sarawak dibenar beroperasi pada kapasiti 100 peratus tempat duduk penumpang mulai esok. - Gambar fail/BERNAMA
KUCHING: Perkhidmatan bas ekspres dan bas berhenti-henti di Sarawak dibenar beroperasi pada kapasiti 100 peratus tempat duduk penumpang mulai esok, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).
JPBN Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu dibuat berdasarkan saranan Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) setelah mengambil kira kadar vaksinasi COVID-19 yang tinggi dan menyeluruh di negeri ini.
"Pengusaha syarikat bas ekspres dan bas berhenti-henti serta penumpang juga diminta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan JPBNS seperti penggunaan pelitup muka, imbas suhu dan Kod QR MySejahtera," menurut JPBN.
Selain itu, JPBN memaklumkan hanya 11 daripada 527 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Sarawak hari ini mengalami jangkitan paru-paru dan memerlukan bantuan pernafasan.
"Baki 516 kes lagi adalah mereka yang tidak bergejala dan bergejala ringan. Pertambahan kes hari ini juga menjadikan kumulatif kes positif di Sarawak kini 243,119," menurut JPBN.
Selain itu, 19 kematian akibat COVID-19 direkodkan di Sarawak dari 6 Okt sehingga 2 Nov manakala jumlah kluster yang aktif sebanyak 27.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bas ekspres
#Sarawak
#kapasiti penuh
#JPBN Sarawak
#Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan