KUALA LUMPUR: Seramai 20 penumpang dan seorang pemandu sebuah bas ekspres berdepan detik cemas apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbakar di Jalan Tuanku Abdul Halim di sini malam tadi.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Fadil Hesam Mohamed berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan panggilan kecemasan pada jam 10.23 malam.
"Seramai 17 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul dan Sri Hartamas bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Fadil Hesam berkata, setibanya di lokasi, pihaknya mendapati kejadian melibatkan sebuah bas ekspres dua tingkat dengan kemusnahan kebakaran dianggarkan 50 peratus.
"Bas itu dalam perjalanan dari KL Sentral menghala ke Jalan Tuanku Abdul Halim. Seramai 20 orang penumpang dan pemandu bas itu selamat.
"Kebakaran dapat dikawal pada jam 11.47 malam dan padam sepenuhnya jam 12.09 tengah malam. Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Apr 09 2023
Anggota Bomba dan Penyelamat sedang memadamkan kebakaran sebuah bas ekspres di Jalan Tuanku Abdul Halim pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Bas ekspres terbakar: 16 terselamat
Anggota dan jentera dari BBP Kuala Kangsar dan Meru Raya dikerah ke lokasi sebaik menerima pangggilan pada kira-kira pukul 12.01 tengah malam.
Kemalangan: Pemandu bas rentung, enam terselamat
Nahas dengan sebuah treler itu berlaku di Kilometer 75.2 Lebuh Raya Utara Selatan Arah Utara, Gurun, sekitar pukul 3.55 pagi tadi.
Bas ekspres terbakar, 22 penumpang selamat
Tindakan pantas pemandu bas mengarahkan 22 penumpang keluar sebaik menyedari kenderaan dipandunya terbakar berjaya menyelamatkan mereka.
Bas ekspres dua tingkat bawa 20 penumpang terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah bas ekspres dua tingkat dengan kemusnahan dianggarkan 50 peratus.
25 penumpang berdepan detik cemas, bas dinaiki terbakar di R&R
Seramai 25 orang penumpang termasuk pemandu bas ekspres berdepan detik cemas apabila bas yang dinaiki mereka musnah terbakar.
Bas ekspres terbakar berhampiran stesen minyak
Sebuah bas ekspres terbakar di Jalan Wakaf Raja berhampiran stesen minyak Shell di Tok Kamis, Pasir Puteh, kira-kira jam 4 petang tadi, di sini, hari ini.