awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bas ekspres terbakar, 22 penumpang selamat

Sinar Harian
Sinar Harian
02/02/2024
09:00 MYT
Bas ekspres terbakar, 22 penumpang selamat
Sebuah bas ekspres terbakar dalam kejadian berdekatan Plaza Tol Sungai Besi, Lebuhraya Utara-Selatan pada Jumaat. - Foto Sinar Harian
SERDANG: Tindakan pantas seorang pemandu bas mengarahkan kesemua 22 penumpang keluar sebaik menyedari kenderaan dipandunya terbakar berjaya menyelamatkan mereka daripada rentung dalam kejadian berdekatan Plaza Tol Sungai Besi Lebuhraya Utara-Selatan di sini pada Jumaat.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 1.48 tengah hari.
"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang bersama sebuah jentera kemudiannya digerakkan ke lokasi kejadian.
"Kebakaran melibatkan sebuah bas ekspres yang membawa 22 penumpang serta seorang pemandu ketika kejadian," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran melibatkan sebuah bas ekspres berdekatan Plaza Tol Sungai Besi, Lebuhraya Utara-Selatan pada Jumaat.
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran melibatkan sebuah bas ekspres berdekatan Plaza Tol Sungai Besi, Lebuhraya Utara-Selatan pada Jumaat.
Katanya, kejadian bagaimanapun tidak melibatkan kecederaan kepada semua mangsa yang terlibat.
"Anggota bomba bertugas kemudiannya bertindak menjalankan kerja-kerja pemadaman.


Kebakaran turut mengakibatkan struktur di kawasan hentian sebelah Serdang mengalami kerosakan.
Kebakaran turut mengakibatkan struktur di kawasan hentian sebelah Serdang mengalami kerosakan.
"Pemeriksaan awal mendapati bas berkenaan terbakar 90 peratus selain bahagian bumbung hentian rehat sebelah Serdang di lokasi kebakaran turut mengalami sedikit kerosakan," katanya.
Menurutnya, punca dan anggaran kerugian akibat kejadian masih dalam siasatan.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bas ekspres terbakar
#penumpang terselamat
#Plaza Tol Sungai Besi
#Serdang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan