awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
E-mel terbaharu dedah Epstein, Larry Summers saling sindir keupayaan Trump
Carlo Rino cadang pindah ke Pasaran Utama menjelang separuh kedua 2026
SpaceX catat untung hampir AS$8 bilion, bakal lancar IPO terbesar tahun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bas ekspres terbakar di Lebuhraya PLUS, tujuh penumpang cedera ringan

Bernama
Bernama
22/10/2025
01:20 MYT
Bas ekspres terbakar di Lebuhraya PLUS, tujuh penumpang cedera ringan
Tujuh penumpang sebuah bas ekspres cedera ringan selepas kenderaan dinaiki mereka terbakar akibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 78.7 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala utara, lewat malam tadi.
BATU PAHAT: Tujuh penumpang sebuah bas ekspres cedera ringan selepas kenderaan dinaiki mereka terbakar akibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 78.7 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala utara, lewat malam tadi.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Pegawai Bomba Kanan II (KUP) Mohd Nazrul Yusri Mohd Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 11.17 malam.
"Setibanya pasukan di lokasi pada 11.35 malam, didapati berlaku kebakaran melibatkan sebuah bas ekspres jenis Hino yang terbakar selepas terbabit dalam kemalangan dengan lori jenis Isuzu lima tan.
"Terdapat tujuh mangsa lelaki termasuk pemandu bas berusia antara 23 hingga 48 tahun, kesemuanya mengalami kecederaan ringan dan telah keluar sebelum pasukan bomba tiba.
"Pemandu lori berusia 35 tahun pula tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Nazrul berkata, operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran salur bantu mula dan api berjaya dikawal sepenuhnya pada 12.13 tengah malam sebelum operasi ditamatkan seminit kemudian.
Sebanyak 14 anggota dari BBP Ayer Hitam dan BBP Kluang bersama dua jentera FRT serta dua unit EMRS terlibat dalam operasi itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan
#bas ekspres terbakar
#penumpang cedera ringan
#Lebuhraya PLUS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan