MALAYSIA
Bas kilang terbabas di Jalan Paya Terubong, enam cedera

Pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan dan memastikan keselamatan laluan tersebut. - Foto JBPM
PAYA TERUBONG: Enam pekerja kilang cedera ringan manakala 24 lagi termasuk pemandu bas terselamat selepas sebuah bas kilang yang membawa 30 penumpang terbabas di selekoh jalan berbukit di Jalan Paya Terubong, awal pagi Isnin.
Ringkasan AI
- Enam pekerja kilang warga Indonesia cedera ringan, manakala 24 lagi termasuk pemandu bas terselamat selepas bas terbabas di selekoh jalan berbukit awal pagi Isnin.
- Bas dipercayai mengalami masalah brek ketika menuruni bukit dalam keadaan hujan, menyebabkan jalan licin dan hilang kawalan.
- Pasukan bomba tiba segera dan operasi menyelamat ditamatkan pada jam 8.27 pagi, sementara siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan.
“Sebaik tiba di lokasi, kami dapati bas kilang tersebut terbabas di selekoh jalan berbukit. Enam pekerja warga Indonesia berusia antara 22 hingga 26 tahun mengalami kecederaan ringan di bahagian muka, tangan dan kaki.
"Dua puluh empat mangsa lain termasuk pemandu berada dalam keadaan selamat,” katanya dalam kenyataan pagi ini.
Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong yang terdiri daripada lapan anggota termasuk seorang penyelia telah digerakkan ke lokasi untuk menjalankan operasi menyelamat.
Operasi tersebut ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.27 pagi.
Pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan dan memastikan keselamatan laluan tersebut.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami