awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bas kilang terbakar ketika pemandu sedang tidur

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
14/05/2020
01:51 MYT
Bas kilang terbakar ketika pemandu sedang tidur
Bas kilang yang diletakkan di tepi jalan di Taman Baiduri, musnah dalam kebakaran awal pagi Khamis.

SUNGAI PETANI: Seorang pemilik bas kilang terkejut apabila kenderaan itu yang diletakkan di tepi jalan berhampiran rumahnya di Taman Baiduri, Sungai Petani, musnah dalam kebakaran awal pagi Khamis. Kejadian berlaku kira-kira jam 2.15 pagi, ketika lelaki terbabit yang juga pemandu bas berkenaan sedang tidur. Dia yang terdengar jeritan orang awam yang melalui jalan terbabit bergegas keluar sebelum ternampak api sedang marak lalu segera menghubungi bomba. Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, pihaknya menerima panggilan pada jam 2.21 pagi. Beliau berkata, sepasukan 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani diketuai Pegawai Bomba Kanan Mohd Aslan Yusof yang dihantar ke lokasi kejadian segera melakukan pemadaman dan pemeriksaan mendapati bas itu terbakar 80 peratus. Katanya, punca kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

Topic Berkaitan
#bas kilang terbakar
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM
#Sungai Petani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan