awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bas milik UTM terbakar, pemandu dengar bunyi letupan

Sinar Harian
Sinar Harian
21/05/2025
07:10 MYT
Bas milik UTM terbakar, pemandu dengar bunyi letupan
Keadaan bas milik UTM yang terbakar pada Rabu. -Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Sebuah bas milik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hampir musnah dalam kejadian kebakaran pada Rabu.

Ringkasan AI
  • Sebuah bas milik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hampir musnah dalam kebakaran yang berlaku pada pagi Rabu.
  • Kebakaran bermula selepas pemandu terdengar bunyi letupan dan mendapati tayar belakang sebelah kanan terbakar; beliau cuba memadam api dengan alat pemadam tetapi gagal.
  • Tiada mangsa dilaporkan, dan kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya oleh bomba yang tiba enam minit selepas panggilan kecemasan diterima; operasi tamat pada jam 11.06 pagi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan 1 Khas Untuk Penyandang (KUP), Kamarulzaman Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran berkenaan pada jam 9.58 pagi.
Menurutnya, sebaik menerima panggilan tersebut, satu jentera Compact Fire Rescue Tender (CFRT) serta enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) dikejarkan ke lokasi.
"Setibanya ke lokasi pada jam 10.04 pagi, didapati kebakaran melibatkan sebuah bas yang terbakar sebanyak 49 peratus dan tidak melibatkan sebarang mangsa.
"Berdasarkan keterangan pemandu, dia memberhentikan bas apabila terdengar bunyi letupan dan mendapati tayar belakang sebelah kanan telah terbakar.
"Biarpun tidak melibatkan mangsa, pemandu telah cuba memadam kebakaran tersebut menggunakan alat pemadam api namun tidak berjaya sehinggalah ketibaan pihak bomba yang membantu memadamkan kebakaran sepenuhnya," katanya.
Beliau memberitahu, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.06 pagi. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bas UTM
#Universiti Teknologi Malaysia
#musnah dalam kebakaran
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan