awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tolak permohonan bina eskalator di Gua Batu Caves atas nama individu - Exco
Fasa pertama Banci Ekonomi 2026 fokus sektor informal, termasuk peniaga dalam talian - DOSM
Peranti eBraille memudahkan OKU penglihatan akses al-Quran, ilmu agama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bas pasukan JDT disimbah cat

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
18/02/2017
11:54 MYT
Bas pasukan JDT disimbah cat
Belum pun beraksi di padang, peminat bola sepak telah dikejutkan dengan cerita bas pasukan JDT yang disimbah dengan cat di Ipoh. Gambar Astro AWANI / Nazialita Geynna Maharan
Belum pun beraksi di padang, peminat bola sepak telah dikejutkan dengan cerita bas pasukan JDT yang disimbah dengan cat di Ipoh.
Malah, kejadian tersebut berlaku di kawasan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Sungai Senam pada awal pagi Sabtu.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata pihaknya mendapat laporan tersebut melalui rondaan pihak polis yang melalui lokasi kejadian.
"Semasa membuat rondaan di kawasan FRU 5, pihak polis telah terdengar bunyi di parkir tempat letak bas milik pasukan bola sepak JDT.
"Pihak polis kemudian bergegas ke kawasan berkenaan dan mendapati kelibat dua orang lelaki di luar pagar kawasan tersebut dan sejurus selepas itu telah melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal," katanya ketika dihubungi pemberita.
Katanya, pemeriksaan awal mendapati kedua-dua bas milik pasukan bola sepak Harimau Selatan itu dibaling dengan cat di bahagian belakang.
Jelasnya, pihaknya akan melaksanakan siasatan lanjut dan sehingga kini identiti suspek dan nombor plat motosikal itu belum dapat dikenal pasti.
Chang Keong berkata pihaknya juga menjumpai beg plastik pecah yang mengandungi cat di atas tanah di bahagian belakang bas berkenaan.
"Suspek dipercayai membaling cat dari luar pagar iaitu seberang sungai dalam jarak 25-30 meter dari lokasi bas berkenaan diparkir dalam kawasan FRU,siasatan lanjut akan dilaksanakan,"ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
#bas
#FRU
#JDT
#Sum Chang Keong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan