awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bas terbabas ke dalam gaung, 24 penumpang terselamat

Bernama
Bernama
19/02/2025
14:03 MYT
Bas terbabas ke dalam gaung, 24 penumpang terselamat
Tiga individu cedera dalam kemalangan membabitkan bas dan lori di kilometer (KM) 392 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara petang tadi, menyebabkan bas itu terbabas ke dalam gaung. - Foto Sinar Harian
IPOH: Tiga individu cedera dalam kemalangan membabitkan bas dan lori di kilometer (KM) 392 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara petang tadi, menyebabkan bas itu terbabas ke dalam gaung.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mereka yang cedera ialah pemandu dan kelindan bas serta pekerja penyelenggaraan jalan.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.27 petang dan pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim serta Slim River dikerahkan ke lokasi kejadian.
"Kemalangan melibatkan bas penumpang membawa 24 pekerja warga asing dan lori penyelenggaraan jalan.
"Dua mangsa telah dibawa ke hospital oleh orang awam manakala seorang lagi dihantar Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ke Hospital Slim River," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata semua penumpang bas termasuk seorang lagi kelindan dan pemandu lori serta kelindannya tidak cedera dalam kejadian itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bas terbabas
#gaung
#Lebuhraya PLUS
#pekerja warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan