awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Norway perkenal ujian darah untuk kesan perubahan otak berkaitan Alzheimer
Negara perlu cepat adaptasi ilmu AI, garis panduan keselamatan - MCCA
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Basikal lajak: 'Sediakan litar, tak perlu haramkan' - Pekida Kelantan

Sinar Harian
Sinar Harian
02/11/2019
02:22 MYT
Basikal lajak: 'Sediakan litar, tak perlu haramkan' - Pekida Kelantan
Pekida Kelantan harap kerajaan menyediakan satu kawasan khusus atau litar kepada penggemar aktiviti basikal lajak. -Gambar fail
Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Kelantan berharap kerajaan tidak mengharamkan aktiviti basikal lajak sebaliknya perlu menyediakan satu kawasan khusus atau litar kepada penggemar aktiviti basikal lajak.
Setiausahanya, Mudzahar Makhtar berkata, langkah tersebut amat penting bagi memastikan tahap keselamatan penunggang basikal lajak itu terjamin.
"Sebelum ini kita lihat banyak masalah timbul di jalanan apabila penunggang basikal lajak ini beraksi sehingga mengganggu lalu lintas.
"Memang mereka tidak sepatutnya beraksi di jalan raya, tetapi, di manakah tempat yang sesuai untuk mereka menjalankan aktiviti tersebut?
"Sebab itu kerajaan perlu lihat balik perkara ini, jika ia perlukan satu kawasan khas, maka kerajaan perlu fikirkan inisiatif yang sesuai," katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.
Menurutnya, minat dan hobi menunggang basikal lajak ini tidak boleh dihalang memandangkan ia hanyalah bersifat sukan berbasikal semata-mata.
Beliau berkata, malah minat kanak-kanak dan remaja terhadap aktiviti tersebut perlu disokong semua pihak, namun dengan cara dan langkah yang bersesuaian.
Terdahulu, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Wong Yau Duenn berkata, kegiatan menunggang basikal lajak yang sudah diubah suai wajar diharamkan bagi mengelak sebarang risiko kemalangan ke atas penunggangnya atau pengguna jalan raya lain.
Pengharaman tersebut perlu dibuat secara menyeluruh kerana ia memudaratkan ketenteraman dan keselamatan awam.
BACA: Penguatkuasaan lebih bersepadu oleh polis, JPJ kekang kemalangan basikal lajak
BACA: Geng basikal lajak kena tahan polis
BACA: Padah beraksi ala Superman, geng basikal lajak Kajang ditahan
BACA: Remaja putus kaki kiri bukan akibat bermain basikal lajak
BACA: Leka bermain basikal lajak, lima kanak-kanak ditahan polis
BACA: Tiga kanak-kanak tunggang basikal lajak disaman RM400 setiap seorang
BACA: Tujuh kanak-kanak, remaja geng basikal lajak ditahan polis
BACA: "Abang tahu adik hati kering, kalau abang laju tadi..." - Shahrol Shiro tegur geng basikal lajak
Topic Berkaitan
#basikal lajak
#kawasan khusus
#litar
#Mudzahar Makhtar
#pekida kelantan
#Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan