KUALA LUMPUR:SUSULAN pembatalan perjanjian Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa Malaysia perlu membayar pampasan sekitar RM310 juta kepada Singapura.
“Kerajaan Singapura umum projek HSR KL-Singapura telah batal dan negara itu akan tuntut pampasan dari kita.
“Antara alasan rasmi diberi Malaysia kenapa nak batal ialah COVID-19.
“Sebelum ini, kerajaan Pakatan Harapan (PH) pernah bayar RM45 juta kepada Singapura sebab tangguhkan projek ke akhir tahun 2020,” demikian kata beliau dalam entri di Facebook, hari ini.
Justeru, jelas Najib, penamatan perjanjian Projek HSL menyaksikan ia terbatal secara sendiri.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pekan itu juga mendakwa projek HSR Kuala Lumpur-Singapura akan digantikan dengan Projek Kereta Api Kelajuan Sederhana (MHSR) Kuala Lumpur-Johor Bahru (KL-JB).
Menerusi entri berasingan, Najib berkata kos pembinaan bagi MHSR KL-JB juga dilaporkan di antara RM63 bilion hingga RM65 bilion, dan ia tidak jauh beza dengan kos asal pembinaan HSR KL-Singapura sebanyak RM60 bilion hingga RM68 billion.
"Akibat penukaran ini, jumlah penumpang setahun juga dijangka turun dari 8.4 juta setahun ke 4.2 juta menjelang tahun 2031.
"Ini akan memberi impak yang amat besar dari segi harga tiket (pengguna dari Singapura mampu membayar tambang lebih mahal) dan jumlah penumpang sehingga projek ini mengalami kerugian besar tahunan memanjang.
"Bermakna kerajaan mungkin akan perlu membayar ganti rugi setiap tahun atau bail-out operator HSR pada masa depan," katanya.
Menurutnya, projek MHSR KL-JB akan menjadi lebih perlahan berbanding kelajuan asal 350 kilometer sejam.
Secara sinis, Najib berkata projek MHSR KL-JB hanya akan bersaing dengan projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru (PLBEGJB).
"Akibatnya, manfaat ekonomi bagi Malaysia dari projek ini akan berkurang beberapa trillion ringgit menjelang tahun 2050.
"Tetapi satu manfaat bagi kerajaan Malaysia ialah kerajaan boleh membuat segala keputusan perolehan untuk memberi kontrak kepada mana-mana pihak dengan sendirinya berbanding model JV dahulu di mana segala proses perolehan dan pemilihan vendor perlu ditimbang, dilaksanakan dan dipantau secara bersama oleh kedua-dua negara.
"Alasan yang akan diberi kenapa batal dan tukar ke KL-JB dipercayai adalah Singapura tidak benarkan HSR berhubung dengan KLIA.
"Ini tidak benar kerana rancangan asal ialah untuk HSR berakhir di Bandar Malaysia.
"Sebuah stesen ERL juga akan dibina di Bandar Malaysia sebab trak ERL KL Sentral-KLIA lalu berhampiran Bandar Malaysia," tambah beliau.
Justeru, tegas Najib, jika benar projek tersebut akan digantikan dengan MHSR KL-JB, ia akan menyebabkan kerugian trilion ringgit kepada negara dalam tempoh 50 tahun akan datang.
"Sebab, walaupun kos projek agak sama tetapi jumlah pendapatan HSR, daya penarikan pelaburan asing serta manfaat ekonomi (kerana tiada lagi cerita integrasi ASEAN) bagi Malaysia adalah jauh lebih rendah," katanya.
Terdahulu, perjanjian Projek HSR Kuala Lumpur-Singapura disahkan telah berakhir pada 31 Disember 2020, sekali gus menyaksikan projek tersebut terbatal secara sendirinya.
BACA: Projek HSR tamat perjanjian, terbatal secara sendiri
Dalam kenyataan bersama Malaysia-Singapura hari ini memaklumkan kedua-dua negara akan mematuhi syarat masing-masing dan melakukan tindakan yang diperlukan akibat penamatan perjanjian projek HSR.
Hasimi Muhamad
Fri Jan 01 2021
Najib Tun Razak dakwa Malaysia perlu membayar pampasan sekitar RM310 juta kepada Singapura susulan pembatalan projek HSR. -Gambar Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
HSR terbatal: Singapura tidak dapat terima keengganan Malaysia kekalkan AssetsCo - Menteri
Singapura tidak dapat menerima cadangan Malaysia untuk tidak mengekalkan AssetsCo sebagai pembekal sistem projek HSR.
Batal HSR: Najib dakwa Malaysia perlu bayar pampasan sekitar RM310 juta kepada Singapura
Ahli Parlimen Pekan itu mendakwa projek HSR Kuala Lumpur-Singapura akan diganti dengan Projek Kereta Api Kuala Lumpur-Johor Bahru (MHSR).