KUALA LUMPUR: Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM) menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN), untuk mengambil tindakan undang-undang dan membatalkan lesen syarikat kawalan keselamatan yang menggaji warga asing yang tidak mempunyai permit dalam sektor itu, sebagai pengawal keselamatan.
Presiden PIKM Mohammad Ubaidillah Enam @ Iman berkata terdapat segelintir syarikat kawalan keselamatan, yang sengaja menggunakan pengawal keselamatan warga asing tanpa permit kerja demi meraih keuntungan tanpa menghiraukan undang-undang dan peraturan sedia ada.
"Tindakan syarikat yang menyediakan pengawal keselamatan warga asing haram ini, akan membahayakan nyawa masyarakat, kerana mereka tidak mempunyai tapisan keselamatan dan tidak berdaftar dengan KDN.
"Sudah tiba masanya pihak berkuasa memastikan hanya pengawal keselamatan yang diluluskan KDN sahaja diambil bekerja," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar tempatan mengenai tangkapan 10 pengawal keselamatan warga asing di Lembah Klang, oleh Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri bersama Jabatan Imigresen pada Rabu lepas.
Kesemua pengawal keselamatan yang terdiri daripada warga India, Nepal, Pakistan dan Sri Lanka itu, ditangkap setelah didapati tidak memiliki permit bekerja sebagai pengawal keselamatan.
Mohammad Ubaidillah berkata pengawal keselamatan yang dibenarkan bekerja di negara ini ialah warga tempatan dan warga Nepal yang mempunyai permit untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan.
"Justeru, kita mengalu-alukan dan menggesa pihak berkuasa khususnya KDN mengadakan operasi bersepadu, bagi menangkap pengawal keselamatan warga asing tanpa permit kerja yang sah ini secara berkala dan berterusan," katanya.
Beliau juga menasihatkan semua pengguna dan masyarakat supaya menggunakan syarikat kawalan keselamatan yang berlesen dengan KDN dan mempunyai Pengawal Keselamatan yang memiliki permit.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 12 2024
PIKM menggesa KDN untuk mengambil tindakan undang-undang dan membatalkan lesen syarikat kawalan keselamatan yang menggaji warga asing yang tidak mempunyai permit dalam sektor itu. - Gambar hiasan
MAIPs, tiga lagi gagal dapat kebenaran merayu, anak Loh kekal beragama Hindu
MAIPs dan tiga yang lain gagal mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan penukaran agama tiga anak ibu tunggal.
Jelajah Perpaduan Kayuhan Hijau rentas sembilan negeri di Semenanjung
Jelajah ini bertujuan mempromosikan Kempen Penghijauan Malaysia dengan aktiviti penanaman pokok oleh peserta kayuhan hijau.
Kes denggi menurun - KP Kesihatan
Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan dalam minggu tersebut.
Penduduk Malaysia cecah 34 juta - DOSM
Penduduk Malaysia pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) dianggarkan berjumlah 34 juta, meningkat 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 (ST1 2023).
AWANI Ringkas: Saman Lim Kit Siang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Universiti seluruh dunia jadi hab sokong perjuangan Palestin
Universiti menjadi hab mega aktivisme bagi pelajar mengangkat perjuangan Palestin dan membantah pembunuhan yang sedang dilakukan oleh Israel dengan sokongan sekutunya, Amerika Syarikat.
Ippo Hafiz gagal hadirkan diri kes tuntutan cerai, hak jagaan anak
-Saya dah failkan kes ini pada Februari, harapnya dia datang lah bagi sebutan kes minggu hadapan supaya boleh selesaikan dengan cara yang baik.
Piala Asia: Kazakhstan calar rekod bersih Malaysia
Skuad hoki dalam dewan wanita alami kekalahan pertama di tangan Kazakhstan, 1-5, pada saingan ketiga Kumpulan A.
Pusat Arkeologi Guar Kepah 98 peratus siap, akan dibuka akhir tahun ini
Pembukaan pada akhir tahun itu setelah mengambil kira fasa pemindahan rangka dan artifak Guar Kepah.
Singapura sedia mengalu-alukan PM baharu pada Rabu
Lawrence Wong, 51, akan menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang telah berkhidmat sebagai perdana menteri sejak tahun 2004.
Batal lesen syarikat gaji pengawal keselamatan tanpa permit kerja sah - PIKM
Menurut PKIM, tindakan syarikat yang menyediakan pengawal keselamatan warga asing haram ini, akan membahayakan nyawa masyarakat.