KUALA LUMPUR:Pembatalan pelaksanaan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura yang tamat perjanjian pada 31 Disember 2020 disifatkan sebagai satu kegagalan besar setelah memasuki tahun 2021.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu nyata telah menongkah arus tren pembangunan ekonomi semasa negara-negara jiran di rantau ini.
Katanya, pembatalan projek infrastruktur berimpak tinggi dan mempunyai kesan gandaan ekonomi seperti HSR itu juga disifatkan sebagai satu langkah ke belakang dan 'counter-productive' dalam usaha pemulihan ekonomi pasca COVID-19.
"Sehubungan itu, Pemuda UMNO menzahirkan rasa kecewa di atas keputusan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Singapura untuk membatalkan projek itu," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.
Dalam pada itu, berikut merupakan lima sebab utama mengapa keputusan membatalkan Projek HSR itu adalah satu kesilapan dan kegagalan:
i - Malaysia dianggarkan akan kehilangan sebanyak RM209 bilion dalam pendapatan kasar negara (PNK) dan potensi 70,000 peluang pekerjaan jika HSR dibatalkan. Pusat Penyelidikan Institute of Developing Economies, Japan External Trade Organisation (IDE-JETRO) turut menyatakan bahawa HSR akan memberikan impak nilai US$1 billion (RM4 bilion) terhadap ekonomi kepada Malaysia setiap tahun.
ii - Pembatalan HSR ini akan menjejaskan visi besar untuk mentransformasi ekonomi negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi (high income nation) yang bakal dinikmati rakyat dengan pembukaan kluster-kluster pembangunan baharu sepanjang jajaran HSR melalui konsep Pembangunan Berasaskan Transit (Transit Oriented Development). Bayangkan kemajuan yang bakal terhasil di kawasan-kawasan seperti Putrajaya, Seremban, Melaka, Muar, Batu Pahat dan Iskandar Puteri selepas ini.
iii - Sejurus HSR siap dibina, ia bakal mengurangkan tempoh perjalanan di antara dua negara (Malaysia-Singapura) sehingga 90 minit, sekaligus dapat mengurangkan kesibukan aliran trafik udara antara dua negara ini. Mengikut rekod perjalanan udara antara Malaysia dan Singapura adalah antara aliran udara yang tersibuk di dalam dunia dengan lebih 30,000 penerbangan dicatatkan pada tahun 2017.
iv - Pembatalan projek ini juga akan memberi isyarat yang salah kepada pelabur domestik dan asing bahawa Malaysia tidak komited terhadap perancangan pembangunan negara dan serantau. Ini bakal merencatkan kemasukan pelaburan baharu yang akan memberi manfaat dan nilai tambah kepada ekonomi rakyat dan negara.
v - Projek HSR adalah penanda aras utama kemajuan dan pembangunan di rantau ASEAN. Jika dilaksanakan, projek ini menjadi laluan rel keretapi berkelajuan tinggi rentas sempadan pertama di rantau ini. Laporan Infrastruktur Global 2016 pernah menilainya sebagai projek infrastruktur strategik terbaik di dunia dari segi sumbangan terhadap produktiviti, daya saing, dan kesinambungan ekonomi serantau.
Sementara itu, Asyraf medesak agar Kerajaan Malaysia tampil memberikan penjelasan yang lebih kukuh berbanding dengan alasan simplistik kerana pandemik COVID-19.
"Pemuda UMNO juga menuntut kerajaan menjelaskan kebenaran berita yang tular di media massa bahawa projek ini bakal digantikan dengan melantik secara rundingan terus (direct nego) kepada sebuah syarikat kroni swasta di atas jajaran HSR yang tamat di Johor Bahru sahaja tetapi dengan kos yang hampir sama," katanya.
Fauzi Suhaimi
Sat Jan 02 2021
Asyraf berkata, perkara itu nyata telah menongkah arus tren pembangunan ekonomi semasa negara-negara jiran di rantau ini. - Gambar Astro AWANI / Shahir Omar
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Boleh peraga kemewahan di media sosial tapi hutang wajib bayar - Asyraf Wajdi
Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan mana-mana pihak yang berhutang wajib membayar pinjaman tersebut.
Mara sasarkan jualan usahawan RM100 juta di MIHAS Dubai
Mara menyasarkan untuk meraih potensi jualan mencecah RM100 juta melalui penyertaan 17 usahawan Program Gate to Global (GTG) di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) Dubai.
'You touch you go!' - Asyraf Wajdi ingatkan jangan sorok kes buli di MRSM, IPMa
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan agar tindakan tegas diambil ke atas pengetua terbabit, jika terdapat kes buli yang 'disorokkan'.
Ramli Mohd Nor jadi Orang Asli pertama angkat sumpah ahli MKT UMNO
Jelas beliau, Ramli menjadi Orang Asli pertama yang dilantik sebagai ahli MKT UMNO.
Jangan angkuh, bongkak dengan kemenangan di DUN Mahkota - MKT UMNO
MKT juga berpandangan kemenangan di DUN Mahkota memberikan isyarat jelas bahawa rakyat menerima baik model kerjasama Kerajaan Perpaduan.
'MRSM Terendak paling daif, uzur' - Asyraf Wajdi lulus peruntukan RM400,000 untuk baik pulih
MRSM Terendak yang mempunyai 663 pelajar itu adalah yang paling teruk pernah dilawatinya, sehingga terdapat najis tikus di dapur masak Dewan Selera sekolah berkenaan.
Lagi kes pelajar keracunan makanan, Asyraf Wajdi terjah MRSM Terendak
Kes keracunan makanan di MRSM Terendak melibatkan 48 orang pelajar, dengan enam daripadanya terpaksa masuk ke wad kecemasan.
Pengerusi MARA terjah dewan makan MRSM Mersing
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melakukan terjahan bagi memeriksa keadaan di dewan makan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Mersing, Johor.
'Ini ikan tenggiri?'- Asyraf Wajdi terjah dewan makan MRSM
Menu makan malam yang ditetapkan dalam piawaian Majlis Amanah Rakyat (Mara) didakwa tidak diikuti oleh pengusaha dewan selera Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping, Perak.