Memelihara haiwan sememangnya baik, namun pemiliknya hendaklah menjaga hak-hak yang sepatutnya diberikan kepada haiwan peliharaannya.
Bagi penduduk di kawasan perumahan dekat USJ 13, sebuah rumah telah dijadikan tempat tinggal untuk haiwan peliharaan tuan rumah tersebut.
Namun, lebih 20 ekor kucing dibiarkan tinggal di rumah berkenaan sehingga menghasilkan bau busuk yang tidak menyenangkan bagi jiran di kawasan sekitar.
Tinjauan Astro AWANI mendapati, selain bau busuk yang meloyakan, kawasan sekitar rumah tersebut turut dibiarkan tidak diselenggara.
Lebih teruk lagi terdapat beberapa ekor kucing yang tinggal dalam rumah berkenaan dilihat dalam kedudukan amat tidak sihat biarpun terdapat makanan dan minuman yang cukup untuk mereka.
Bagi seorang penduduk yang dikenali sebagai Lau Chan Choi, keadaan ini telah berlarutan sejak lebih setahun lalu.
"Kita dah buat laporan rasmi sejak hujung tahun lepas kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) berkenaan isu ini.
"Tetapi, kita ada nampak beberapa pegawai MPSJ, Jabatan Kesihatan dan Pusat Kebajikan Haiwan (SPCA) datang untuk meninjau kawasan rumah ini.
"Tuan rumah ini ada mengupah seorang warga asing untuk mencuci rumah ini, tetapi sebulan dalam dua kali saja," jelasnya kepada Astro AWANI hari ini.
Tambah Chan Choi, beliau tidak menyangkal rasa sayang tuan rumah ini kepada kucing, tetapi ianya perlu berpada-pada agar tidak menjejaskan kesihatan jiran sekeliling.
"Memang di gila kucing, tapi dia beri seribu alasa untuk menafikan bahawa hampir 30 ekor kucing ini dibiar tanpa dijaga dengan baik," tambahnya.
Seorang lagi penduduk, Santhi Subramaniam berkata, bau busuk yang terhasil menyebabkan dia dan keluarga hilang selera untuk makan di rumah.
"Saya terpaksa makan di luar apabila bau yang sangat kuat ini menyebabkan saya dan keluarga hilang selera makan terutamanya di waktu tengahari.
"Kami kini menghadapi situasi yang amat mencabar mental dan fizikal sejak setahun lalu," jelasnya.
Laporan yang dibuat Chan Choi kepada MPSJ telah mendapat maklumbalas menerusi email yang yang memberitahu;
"Siasatan susulan telah dijalankan pada 29 Disember 2016, jam 11.15 pagi, pemilik telah mematuhi notis yang dikeluarkan pada 22 Disember 2015."
Astro Awani cuba mendapatkan maklum balas daripada pemilik rumah berkenaan tetapi tiada jawapan diberikan.
Namun, menerusi laman Facebook miliknya, beliau telah mengakui menerima notis daripada pihak MPSJ dan SPCA berhubung isu ini.
Malah beliau ada meminta tempoh sehingga dua bulan untuk menyelesaikan masalah bau di rumahnya dalam pertemuannya bersama jiran (termasuk Chan Choi dan Santhi).
Hilal Azmi
Sun Oct 09 2016
Tinjauan Astro AWANI mendapati, selain bau busuk yang meloyakan, kawasan sekitar rumah tersebut turut dibiarkan tidak diselenggara. - Gambar Astro AWANI
Gelombang haba bawa derita baharu, risiko penyakit ke Gaza
Peningkatan suhu melampau luar jangka di seluruh Gaza menambah derita yang dihadapi warga Palestin setiap hari di semenanjung itu.
Tarikh akhir pengemukaan Borang E dan CP8D dilanjutkan hingga 31 Mei
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini memaklumkan tarikh akhir pengemukaan Borang E dan C.P.8D dilanjutkan hingga 31 Mei ini.
Rumah terbuka himpunkan penduduk pelbagai kaum Kinabatangan
Sekitar 3,000 pengunjung daripada pelbagai kaum dan agama menghadiri rumah terbuka aidilfitri daerah Kinabatangan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Enam inisiatif kekalkan momentum pertumbuhan Labuan IBFC 2024
Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) Nik Mohamed Din Nik Musa berkata inisiatif ini penting dalam merangka hala tuju Labuan IBFC ketika Pelan Hala Tuju Strategik Lima tahunnya (2022-2026) memasuki tahun ketiga.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sindiket ancam bakar stesen minyak harus dilaporkan - Armizan
Pemilik stesen minyak yang diancam sindiket penyeludupan diesel bersubsidi disaran membuat laporan secara rasmi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), kata Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
'Kementerian Kewangan tiada rekod surat kelulusan Najib bagi 1MDB ambil alih Tanjong Energy, Genting Sanyen' - Saksi
Dalam siasatan SPRM, Kementerian Kewangan mengesahkan tidak mempunyai rekod ke atas kedua-dua surat tersebut.
Anak MB Perlis, empat yang lain dilepas dengan jaminan SPRM
Anak lelaki Menteri Besar Perlis yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak Rabu, dilepaskan dengan jaminan SPRM, hari ini.
Suami akan tunai hasrat terakhir Mendian Joanna
Suami mendiang Joanna Feliscia Rohna mendedahkan isterinya ada berpesan untuk menjaga dua anak mereka dua minggu sebelum pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi menyifatkan Pakej Pertahanan Sarawak yang ditawarkan oleh Premier Sarawak membantu pihaknya mendapatkan kelengkapan dengan menggunakan teknologi sedia ada.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Hajiji-Cabrera bincang kerjasama strategik Sabah-Uruguay
Kunjungan ini juga merupakan peluang untuk memperkenalkan potensi ekonomi dan peluang pelaburan di Sabah kepada pihak Uruguay, serta menjajaki bidang kerjasama yang saling menguntungkan antara kedua wilayah.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sedondon berbaju raya dengan Bengkok, Aboi
Trend berpakaian sedondon bukan sahaja terhad dalam kalangan ahli keluarga tetapi binatang peliharaan turut dipakaikan baju raya yang sama warna dan tema.
Raya bersama 'si bulus', prihatin keperluan elak panik
Aspek persiapan kucing juga harus menitikberatkan kepada keadaan kucing selepas kembali pulang ke rumah, pasca hari raya.
Menjelang Aidilfitri, 'hotel kucing' tidak menang tangan terima tempahan
Paling mencabar nak pujuk kucing-kucing yang sudah biasa dan tak boleh berenggang dengan 'mak' atau 'ayah'nya, kata pengusaha hotel kucing.
Pekerja syarikat pembersihan selamatkan kucing diikat di dalam guni
Kejadian itu dianggap sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan kerana haiwan itu masih hidup dimasuk dan diikat di dalam guni.
Banjir: Tiga kali sehari redah banjir demi kucing
Banjir yang melanda Kampung Padang Licin di sini memaksa penduduk yang pelihara kucing menempatkan si bulus kesayangan di kawasan selamat.
Kucing bercakap seperti manusia tular di TikTok
Dalam video tersebut, Duchy dilihat memanggil nama pemiliknya untuk meminta makanan.
Kucing punca tumpahan cecair kimia
Kucing itu menjatuhkan 10 botol mengandungi cecair kimia jenis sodium dehidrogen sebelum disedari pembantu makmal.
Penampilan King Oyen tambah "mood" Hari Kebangsaan
Kemunculan istimewa seekor kucing yang yang dikenali sebagai "King Oyen" mencuri perhatian pada hari ketiga raptai Hari Kebangsaan 2023.
Nahas Elmina: Oyen sudah tiada
Seekor kucing dipanggil Oyen yang turut terlibat dalam nahas pesawat terhempas berdekatan Elmina pada 17 Ogos lalu dimaklumkan telah mati.
UUM siasat punca kematian sembilan ekor kucing
Jabatan Keselamatan Universiti Utara Malaysia (UUM) sedang menyiasat punca kematian sembilan ekor kucing di sekitar kawasan kampus pada Rabu.