KUALA LUMPUR: Pengguna boleh membayar tol menggunakan kad debit, kredit bermula September berikutan Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka akan dilaksana di 12 lebuh raya secara berperingkat.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, langkah itu akan memudahkan urusan pembayaran serta melancarkan perjalanan pengguna lebuh raya.
"Kesemua (12 lebuh raya) telah bersetuju untuk melaksanakan sistem ini untuk memberi kaedah yang lebih mudah kepada pengguna membuat pembayaran di plaza tol.
"Sistem pembayaran terbuka bermakna anda tidak lagi hanya tertakluk kepada satu atau dua e-dompet. Contohnya selama ini hanya menggunakan Touch 'n Go. Mengenai sistem pembayaran terbuka, bermakna ia akan menerima kad kredit, debit," katanya.
Beliau berkata demikian semasa sidang media Pembukaan Fasa 2 Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) pada Khamis.
Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka akan memberikan pilihan cara pembayaran tol kepada pengguna selain kaedah pembayaran secara Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), kad Touch n Go dan SmartTag.
Tambah beliau, ia juga diperkenalkan sebagai peralihan ke arah pelaksanaan Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang dijangka direalisasikan menjelang akhir 2024.
Lebuh raya yang terlibat adalah Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Jambatan Pulau Pinang (JPP), Lebuhraya Butterworth - Kulim (BKE) dan Lebuhraya Damansara - Puchong (LDP).
Selain itu, sistem itu turut dilaksanakan di Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Terowong SMART, Lebuhraya Kuala Lumpur - Putrajaya (MEX) dan Lebuhraya Duta - Ulu Klang (DUKE).
Astro Awani
Thu Jun 15 2023

Alexander berkata, langkah itu akan memudahkan urusan pembayaran serta melancarkan perjalanan pengguna lebuh raya.- Gambar Bernama

KPKM komited transformasi sektor pertanian lebih moden, dinamik
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) komited untuk mentransformasikan sektor pertanian menjadi lebih moden, dinamik dan berdaya maju.
Rafizi setuju berdebat dengan Nurul Izzah
Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersetuju untuk berdebat dengan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bagi meredakan suhu yang memanas pada ketika ini dalam kalangan penyokong kedua-dua calon dalam pemilihan PKR pada ketika ini.
Sanusi sahkan terima jemputan rasmi hadiri LIMA '25
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sahkan menerima jemputan rasmi untuk menghadiri semua acara sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA '25) yang bakal berlangsung dari 20 hingga 24 Mei ini.
Berkempen secara terbuka selari dengan semangat reformasi - Rafizi
v
Pengarah eksekutif antara tiga individu direman SPRM
Tiga individu termasuk seorang bekas pengarah eksekutif ditahan reman kerana disyaki bersubahat menggunakan dokumen mengandungi butir matan palsu bagi tujuan tuntutan berjumlah kira-kira RM2.5 juta.
Rafizi setuju berdebat, Izzah pula tolak mahu elak pergeseran
Rafizi setuju berdebat, Izzah pula tolak mahu elak pergeseran
My Asli mahu kerajaan iktiraf jurubahasa isyarat sebagai kerjaya rasmi
Persatuan Jurubahasa Isyarat Malaysia (My Asli ) mahu Kerajaan mengiktirafkan Jurubahasa Isyarat sebagai kerjaya profesional sejajar dengan peranan mereka menjadi penghubung komunikasi antara komuniti pekak dan masyarakat umum dinegara ini.

Rusia lihat wujud prospek usaha sama dengan Malaysia dalam minyak & gas, tenaga - Putin
Presiden Rusia Vladamir Putin berkata beliau melihat wujudnya prospek bagi usaha sama antara Rusia dan Malaysia dalam bidang gas asli dan tenaga nuklear.
PM Anwar undang Putin hadiri sidang kemuncak
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengundang Presiden Rusia Vladimir Putin untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur yang merupakan sebahagian daripada mesyuarat peringkat tinggi Sidang Kemuncak ASEAN pada Oktober ini.
Syarikat penerbangan Rusia dipelawa sambung semula penerbangan ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempelawa dan mencadangkan agar syarikat penerbangan Rusia, termasuk Aeroflot, memulakan semula laluan penerbangan langsung ke Malaysia secepat mungkin.

KKR kenal pasti 20 cerun berisiko sangat tinggi
Sebahagian besar cerun berisiko sangat tinggi itu berada di sepanjang Lebuhraya Timur Barat dan beberapa lokasi di seluruh negara.

Menteri Kerja Raya nafi terlibat skandal rasuah Pan Borneo Sabah
Alexander Nanta Linggi menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah, tidak berasas dan bermotifkan niat jahat terhadap dirinya.

KKR, pihak berkepentingan kerjasama selesai kelewatan projek MEX II
Kementerian Kerja Raya akan bekerjasama rapat dengan semua pihak berkepentingan bagi mencari penyelesaian berhubung masalah kelewatan projek sambungan Lebuhraya Maju (MEX II).

RMK12: JKR laksana 66 projek baharu KKM bernilai RM2.4 bilion
JKR sedang melaksanakan 66 projek bina baharu Kementerian Kesihatan di bawah RMK12 melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM2.4 bilion.

Kebakaran asrama: JKR tunggu kebenaran bomba untuk lakukan penilaian teknikal - Nanta
Nanta berkata penilaian berkenaan penting bagi menentukan tahap kerosakan dan seterusnya mencadangkan langkah pembaikan atau pembangunan semula yang sesuai.

Malaysia menang bidaan jadi negara tuan rumah Sekretariat AFPPD
Malaysia dipilih sebagai negara tuan rumah bagi Sekretariat Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD).

SMK Lahat terbakar, JKR sedia bantu nilai tahap keselamatan struktur bangunan - Nanta
JKR bersedia memberi khidmat nasihat teknikal kepada Kementerian Pendidikan bagi menilai tahap keselamatan struktur bangunan SMK Lahat, Perak.

Baik pulih cerun bahaya, tanah runtuh di Jalan Sipan/Temalat sebelum Gawai - Nanta
Kos bagi kerja-kerja membaik pulih cerun dianggar sebanyak RM2 juta, manakala kerja baik pulih kawasan tanah runtuh memerlukan RM5 juta.

KKR sedia beri bantuan kepakaran teknikal kenal pasti punca kebakaran paip gas Putra Heights
JKR juga bersedia memberikan bantuan dalam bentuk nasihat serta kepakaran teknikal sekiranya diperlukan oleh pihak berkuasa.

Kenderaan berat lebih had muatan punca utama kerosakan jalan - Nanta
Kenderaan berat yang membawa muatan melebihi had dibenarkan menjadi punca utama kerosakan jalan raya, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.