Umat Islam khususnya kakitangan kerajaan dan swasta dipelawa mendaftar untuk membayar zakat pendapatan melalui kempen Skim Potongan Zakat Bulanan (Skim PZB) yang dibuka mulai 1 Ogos lepas hingga 31 Nov ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) Ahmad Shukri Yusoff berkata selain menggalakkan umat Islam membayar zakat, kempen itu sebagai galakan kepada pembayar zakat sedia ada menambah jumlah bayaran mereka.
"Kami di PPZ-MAIWP akan sentiasa bergerak ke hadapan untuk menyediakan saluran bayaran zakat yang lebih mesra pelanggan mengikut kehendak umum agar tiada lagi alasan untuk tidak menunaikan kewajipan zakat.
"Kami akan berusaha untuk memperkemaskan sistem dan kemudahan dari semasa ke semasa," katanya dalam sidang media mengenai kempen Skim PZB di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya menggalakkan orang ramai memilih Skim PZB untuk membayar zakat pendapatan kerana cara itu lebih mudah serta tidak membebankan.
Ahmad Shukri berkata pihaknya turut menawarkan empat komputer riba, 40 kad petrol, 40 helai telekung eksklusif dan 100 baucar beli-belah khas kepada mereka yang bertuah.
Orang ramai boleh menyertai Skim PZB secara dalam talian melalui laman sesawang ptg.zakat.com.my atau mendaftar secara manual di kaunter PPZ-MAIWP di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, kaunter bergerak atau majikan.
Pereka fesyen Rizman Nordin dan Ruzaini Jamil, yang hadir pada sidang media itu, berkata mereka menyokong skim tersebut dan telah berdaftar secara dalam talian sejak awal Januari 2017.
"Kami sebagai majikan membuat potongan zakat melalui skim ini untuk kakitangan. Ada masanya sibuk dan lupa, jadi bila buat potongan gaji bulanan ia amat memudahkan, saham akhirat pun sudah terjelas," kata Rizman.
Ahmad Shukri juga berkata jumlah kutipan zakat PPZ-MAIWP dari Januari hingga akhir Julai tahun ini ialah sebanyak RM404 juta, meningkat sembilan peratus berbanding RM372 juta bagi tempoh sama pada 2019.
Beliau berkata bagi tempoh itu juga, jumlah pembayar zakat turut meningkat 95 peratus dengan seramai 345,000 orang direkodkan berbanding 177,000 pada tahun sebelumnya.
Katanya sepanjang tahun lepas, PPZ-MAIWP mengutip zakat berjumlah RM683 juta dan pada tahun ini, menyasarkan kutipan kira-kira RM690 juta hingga RM700 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 12 2020
Umat Islam khususnya kakitangan kerajaan dan swasta dipelawa mendaftar untuk membayar zakat pendapatan melalui kempen Skim PZB. - BERNAMA
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Kutipan zakat 2020 PPZ-MAIWP meningkat kepada RM768 juta
PPZ juga menyediakan beberapa manfaat yang diperoleh pembayar zakat seperti rebat cukai, skim khairat kematian dan skim wakalah zakat.
Kutipan zakat PPZ-MAIWP berjaya lepasi sasaran - Syed Ali
Jumlah kutipan zakat yang dikendalikan oleh PPZ-MAIWP dan berakhir pada Disember 2020 amat memberangsangkan kerana berjaya melepasi sasaran yang telah ditetapkan.
PPZ-MAIWP seru tunaikan zakat, bantu asnaf
Kempen YEZ bertujuan memberikan hebahan kepada masyarakat Islam tentang perkhidmatan pembayaran zakat terkini dan menyeru orang ramai menyegerakan tanggungjawab berzakat.
Bayar zakat pendapatan melalui potongan gaji bulanan
Umat Islam khususnya kakitangan kerajaan dan swasta dipelawa mendaftar untuk membayar zakat pendapatan melalui kempen Skim Potongan Zakat Bulanan (Skim PZB) yang dibuka mulai 1 Ogos.