awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayaran caruman wajib KWSP bagi April 2020 dilanjutkan kepada 30 April

Bernama
Bernama
14/04/2020
04:31 MYT
Bayaran caruman wajib KWSP bagi April 2020 dilanjutkan kepada 30 April
Keputusan itu diambil berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kesannya terhadap aktiviti perniagaan di negara ini. - Gambar fail
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini melanjutkan lagi tarikh membuat bayaran caruman wajib bagi gaji Mac untuk caruman April 2020 dari 24 April kepada 30 April, 2020.
Ketua Pegawai KWSP, Alizakri Alias berkata keputusan itu dibuat selepas menerima maklum balas dan permintaan daripada majikan supaya melanjutkan tarikh bayaran caruman hingga akhir bulan ini.
"Biasanya, majikan diwajibkan membuat bayaran caruman KWSP sebelum atau pada 15 hari bulan setiap bulan, tetapi semalam KWSP telah mengumumkan tarikh bayaran dilanjutkan kepada 24 hari bulan.
"Bagaimanapun setelah menerima maklum balas daripada majikan, tarikh itu telah dilanjutkan lagi kepada 30 April," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata majikan boleh membuat bayaran caruman tersebut melalui portal i-Akaun (Majikan) dalam laman sesawang KWSP, perbankan Internet atau di kaunter bank yang dilantik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bank
#caruman wajib KWSP
#coronavirus
#COVID-19
#eCaruman
#EPF
#koronavirus
#KWSP
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan