Skip to main content

Malaysia

Siasat ‘This Is Malaysia’, tetapi jangan hukum seluruh industri seni - SENIMAN

KUALA LUMPUR, 20 Nov - Antara babak persembahan dalam pratonton media pementasan Teater Muzikal Uda dan Dara, malam tadi. Dipentaskan bermula hari ini di The Playhouse Theatre@ The Campus Ampang di sini, teater muzikal arahan Nik Muhammad Faiszulikhwan dan Dr Marlenny Deenerwan itu akan berlangsung hingga 23 Nov, dengan barisan pelakon terdiri daripada Zera Hariz (Dara), Jay Iswazir (Alang Bakhil), Farah Ahmad (Mak Dara), Amerul Affendi (Utih), Azaman Hassan (Pak Long), Sara Sulaiman (Mak Long). Teater muzi
SENIMAN berpandangan kebebasan berkarya perlu disertai tanggungjawab serta menghormati undang-undang, Perlembagaan Persekutuan dan sensitiviti masyarakat majmuk. - Gambar hiasan/BERNAMA
Advertisement

KUALA LUMPUR: Isu pementasan teater kontroversi tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menyekat kebebasan seni secara keseluruhan, tegas Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN).

Setiausaha Agungnya, Hafiz Nafiah berkata, industri seni dan persembahan memerlukan ruang untuk berkarya, mengkritik serta menyampaikan pandangan.

Bagaimanapun, katanya, kebebasan itu perlu disertai tanggungjawab serta menghormati undang-undang, Perlembagaan Persekutuan dan sensitiviti masyarakat majmuk.

“Kebebasan berkarya bukanlah kebebasan daripada tanggungjawab dan undang-undang,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau mengulas video pementasan teater “This Is Malaysia ” yang tular di media sosial dan didakwa mengandungi unsur mempermainkan Rukun Negara, menyentuh institusi Raja serta perkara sensitif berkaitan identiti dan keharmonian negara.

Sehubungan itu jelasnya, SENIMAN menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh, telus dan profesional terhadap pementasan berkenaan.

Menurut Hafiz, siasatan perlu mengenal pasti pihak yang menganjurkan dan terlibat secara langsung, selain lokasi, tarikh serta konteks sebenar pementasan tersebut.

"Siasatan juga perlu meneliti tujuan dan latar belakang kandungan berkenaan, pihak yang menerbitkan serta menyebarkan rakaman itu, selain menentukan sama ada berlaku pelanggaran undang-undang.

"Tindakan pendakwaan perlu diambil tanpa mengira kedudukan atau latar belakang individu sekiranya terdapat bukti mencukupi bahawa kesalahan jenayah telah dilakukan.

Image
KUALA LUMPUR, 11 Dis - Setiausaha Agung Persatuan Seniman Mohd Hafiz Mohd Nafiah bercakap pada sidang media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati hari ini berhubung isu filem - Babi - arahan pengarah filem Wee Meng Chee atau Namawee yang ditayangkan di luar negara kerana dipercayai mempunyai unsur perkauman dan didakwa telah menjejaskan imej Malaysia. - fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA
Kebebasan berkarya bukanlah kebebasan daripada tanggungjawab dan undang-undang, ujar Hafiz.

“Kita tidak mahu insiden seperti ini mencetuskan persepsi bahawa dunia seni Malaysia bebas melakukan apa sahaja atas nama kreativiti. Pada masa sama, kita juga tidak mahu setiap karya yang kontroversi terus dihukum tanpa proses siasatan dan penilaian berdasarkan fakta,” jelasnya.

Hafiz berkata, karya seni yang menyentuh isu masyarakat, sejarah dan politik perlu dihasilkan dengan tahap tanggungjawab tinggi, khususnya apabila melibatkan simbol negara, Rukun Negara serta institusi Raja.

Tegasnya, SENIMAN turut menyatakan kesediaan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan pemain industri bagi memastikan kebebasan berkarya terus dipelihara tanpa mengabaikan maruah negara, keharmonian masyarakat serta prinsip undang-undang.

Must Watch Video

Advertisement