awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayaran khas Aidilfitri kepada pegawai MKK, masjid dilewatkan kepada 17 Mei

Bernama
Bernama
03/05/2023
12:32 MYT
Bayaran khas Aidilfitri kepada pegawai MKK, masjid dilewatkan kepada 17 Mei
Muhammad Sanusi berkata kelewatan bayaran itu adalah disebabkan oleh beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. - Gambar fail/Astro AWANI
ALOR SETAR: Bantuan khas Aidilfitri kepada pengerusi dan setiausaha Majlis Ketua Kampung (MKK) serta pegawai masjid di Kedah yang sepatutnya dibayar pada 18 April lepas terpaksa dilewatkan kepada 17 Mei depan.
Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata kelewatan bayaran itu adalah disebabkan oleh beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.
"Jumlah bantuan yang diterima pengerusi dan setiausaha MKK serta pegawai masjid yang meliputi imam, bilal dan siak itu juga akan ditambah RM100 lagi yang menjadikan jumlah keseluruhannya yang akan diterima oleh mereka sebanyak RM300 seorang," katanya selepas Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman hari ini.
Pada 12 April lepas, Kerajaan Negeri Kedah mengumumkan bantuan khas Aidilfitri sebanyak RM200 kepada 3,924 penerima yang terdiri daripada pengerusi dan setiausaha MKK serta pegawai masjid di negeri ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#MKK
#pegawai masjid
#bantuan khas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan