awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AFCON: Sadio Mane pastikan Mo Salah terlepas ke final
AKPS gagalkan cubaan seludup 2,000kg daging babi di Bukit Kayu Hitam
Kemunculan semula KJ curi tumpuan di Perhimpunan Pemuda UMNO 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayaran pampasan penduduk tolak pembangunan Kampung Sungai Baru sudah selesai - Dr Zaliha

Bernama
Bernama
09/10/2025
08:17 MYT
Bayaran pampasan penduduk tolak pembangunan Kampung Sungai Baru sudah selesai - Dr Zaliha
Dr Zaliha berkata jumlah pampasan telah mengambil kira nilai pasaran yang ditentukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Proses pembayaran wang pampasan kepada penduduk di Kampung Sungai Baru yang tidak bersetuju dengan projek pembangunan di kawasan itu telah selesai, dengan jumlah bayaran antara RM198,000 hingga RM2.9 juta mengikut kategori rumah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata jumlah pampasan telah mengambil kira nilai pasaran yang ditentukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta iaitu bagi lot teres, nilai pampasan adalah antara RM800,000 hingga RM2.9 juta manakala bagi unit flat pula antara RM198,000 hingga RM350,000.
Beliau berkata semua bayaran pampasan telah pun selesai disalurkan kepada penduduk antara Februari 2022 hingga Januari 2023.
"Nilai pampasan itu turut merangkumi kos pindah, sewaan, fi penilaian serta kos kehilangan pendapatan. Fakta ini menangkis tuduhan bahawa ada penduduk yang masih tidak menerima pampasan.
"Malahan, pampasan turut dibayar bukan sahaja kepada pemilik tetapi juga kepada penyewa semasa pengambilan dijalankan yang merangkumi nilai kerugian sewa semasa dan kos pindah," katanya pada Sesi Penerangan Menteri berkenaan Hala Tuju Pembangunan Kampung Baru Ke Arah Pemerkasaan Identiti Melayu Di Kuala Lumpur di Dewan Rakyat hari ini.
Topic Berkaitan
#Kampung Sungai Baru
#pampasan penduduk
#penduduk tolak pembangunan
#dr zaliha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan