awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayaran SSHP tidak teratur, RM0.73 juta dibayar kepada pesawah meninggal dunia - PAC

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
11/10/2023
06:23 MYT
Bayaran SSHP tidak teratur, RM0.73 juta dibayar kepada pesawah meninggal dunia - PAC
Naib Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang juga Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi (tengah) ketika sidang media di Bangunan Parlimen, hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Data Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) yang tidak dipantau Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyebabkan pengurusan pembayaran subsidi tersebut menjadi tidak teratur.
Naib Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Wong Shu Qi berkata, ia menyebabkan pembayaran oleh Padiberas Nasional Berhad (Bernas) berjumlah RM0.73 juta dibuat kepada 300 pesawah yang telah meninggal dunia.
Selain itu, PAC turut memaklumkan perjanjian konsesi Bernas yang bermula sejak tahun 1996 dan berakhir pada tahun 2011 telah dilanjutkan sebanyak dua kali dan akan berakhir pada tahun 2031.
“Perjanjian konsesi ini akan menjangkau tempoh 35 tahun. Kos konsesi Perjanjian Ketiga berjumlah RM3.216 bilion yang bermula 11 Januari 2021 hingga 10 Januari 2031,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.
Dalam pada itu, PAC turut mengesyorkan kerajaan mencari jalan alternatif bagi menjamin kestabilan beras negara.
Shu Qi berkata, ia untuk menjamin kestabilan industri beras negara bagi mengelakkan kebergantungan kepada perjanjian konsesi Bernas, sekali gus mendorong ke arah pasaran terbuka beras.
Menurutnya, gesaan itu antara lapan syor digariskan kepada kerajaan berhubung Laporan Terimaan dan Bayaran Obligasi Sosial Perjanjian Konsesi Pengurusan Industri Padi dan Beras Negara di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
PAC turut mengesyorkan KPKM memantau Akaun Amanah Dana Obligasi Sosial Bernas bagi memastikan segala penyaluran dan penggunaan dana berkenaan mengikut syarat ditetapkan dalam perjanjian.
Kenyataan itu dibuat berhubung satu prosiding yang dibuat PAC terhadap tiga saksi pada 14 Jun lalu.
Mereka adalah Ketua Setiausaha KPKM, Datuk Lokman Hakim Ali; Setiausaha Bahagian Pembangunan Industri Padi KPKM merangkap Ketua Pengarah Pengawalan Padi dan Beras, Datuk Azman Mahmood; dan Ketua Bahagian Bernas, Abdul Rahman Mohd. Nas.
Syor ketiga PAC adalah KPKM hendaklah memastikan Bernas menyalurkan dana obligasi tepat pada masanya selaras dengan perjanjian konsesi Bernas.
Malah KPKM, Bernas dan JPN perlu segera mengintegrasikan dan mengemas kini pangkalan data pesawah bagi memastikan pembayaran SSHP dapat dilaksanakan dengan lebih telus, efisien dan teratur.
Topic Berkaitan
#Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
#PAC
#Skim Subsidi Harga Padi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan