PUTRAJAYA: Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh
Beliau berkata sukan terbabit merupakan antara 103 jenis sukan yang diwartakan dalam Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576) dan senarai sukan tersebut akan dipaparkan dalam laman sesawang KBS (Kementerian Belia dan Sukan) dalam masa terdekat.
"Pembayaran keahlian gimnasium dan latihan sukan adalah skop baharu yang telah dimasukkan dalam pelepasan cukai. Ini bermaksud, bila mereka buat tuntutan (pelepasan cukai) untuk tahun depan, mereka boleh sertakan resit pembayaran. Tuntutan (pelepasan) sehingga RM1,000," katanya.
Beliau becakap pada sidang media pengumuman syarat-syarat pelepasan cukai bagi latihan sukan di sini pada Jumaat,
Selain itu, Hannah berkata pelepasan cukai turut diberikan bagi pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan yang tersenarai dalam Akta 576 dan bayaran pendaftaran menyertai pertandingan sukan termasuk larian.
Hannah berkata insentif itu merupakan perbelanjaan yang dibenarkan untuk kegunaan atau manfaat diri sendiri, suami, isteri atau anak.
"Kita tahu ramai ibu bapa yang menghantar anak mereka untuk menyertai kejohanan, mereka juga boleh menikmati insentif ini," katanya.
Hannah berkata pelepasan cukai itu adalah tertakluk kepada beberapa kriteria iaitu penyertaan latihan sukan perlu dikendalikan oleh jurulatih, kelab atau syarikat yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan (PJS) atau diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016, latihan secara one-off atau bersiri, jenis sukan adalah tersenarai di bawah Jadual Pertama Akta 576 dan perbelanjaan mesti dibuktikan dengan resit pembayaran.
"Orang ramai dinasihatkan untuk membuat semakan terlebih dahulu bagi memastikan penyedia latihan mematuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan agar mereka layak mendapat pelepasan cukai ini," katanya.
Sehingga kini sebanyak 9,955 entiti sukan berdaftar dengan PJS dan dijangka akan meningkat susulan penerimaan kira-kira 100 permohonan setiap minggu, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 19 2024
Hannah berkata insentif itu merupakan perbelanjaan yang dibenarkan untuk kegunaan atau manfaat diri sendiri, suami, isteri atau anak. - Foto BERNAMA
Kes denggi menurun - KP Kesihatan
Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan dalam minggu tersebut.
Penduduk Malaysia cecah 34 juta - DOSM
Penduduk Malaysia pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) dianggarkan berjumlah 34 juta, meningkat 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 (ST1 2023).
AWANI Ringkas: Saman Lim Kit Siang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Universiti seluruh dunia jadi hab sokong perjuangan Palestin
Universiti menjadi hab mega aktivisme bagi pelajar mengangkat perjuangan Palestin dan membantah pembunuhan yang sedang dilakukan oleh Israel dengan sokongan sekutunya, Amerika Syarikat.
Ippo Hafiz gagal hadirkan diri kes tuntutan cerai, hak jagaan anak
-Saya dah failkan kes ini pada Februari, harapnya dia datang lah bagi sebutan kes minggu hadapan supaya boleh selesaikan dengan cara yang baik.
Piala Asia: Kazakhstan calar rekod bersih Malaysia
Skuad hoki dalam dewan wanita alami kekalahan pertama di tangan Kazakhstan, 1-5, pada saingan ketiga Kumpulan A.
Pusat Arkeologi Guar Kepah 98 peratus siap, akan dibuka akhir tahun ini
Pembukaan pada akhir tahun itu setelah mengambil kira fasa pemindahan rangka dan artifak Guar Kepah.
Singapura sedia mengalu-alukan PM baharu pada Rabu
Lawrence Wong, 51, akan menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang telah berkhidmat sebagai perdana menteri sejak tahun 2004.
MBPP, MBSP diarah periksa pokok tua
Arahan juga dikeluarkan untuk kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menjalankan pemeriksaan pokok secara berkala.
Agong terima menghadap Panglima Tentera Udara, Laut
Sultan Ibrahim turut berkenan mengajukan pelbagai soalan serta pandangan mengenai perkara-perkara berkaitan TUDM dan TLDM.
KBS akan tambah baik infrastruktur sukan di Cameron Highlands
Kementerian Belia dan Sukan berhasrat untuk menambah baik infrastruktur sukan di Cameron Highlands bagi memberi sokongan kepada atlet di kawasan itu sehingga ke peringkat akar umbi.
KBS pastikan Faisal Halim dapat rawatan percuma di ISN - Hannah
Hannah berkata pihaknya akan memastikan Faisal Halim mendapat sokongan dan rawatan yang diperlukan sepanjang tempoh pemulihan yang dijangka mengambil masa beberapa bulan.
Piala Thomas 2024: 15 skrin besar tayang aksi separuh akhir Malaysia-China esok
Antara lokasi yang dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) antaranya ialah Dataran Merdeka dan Dataran Putrajaya.
KBS sasar 8,880 individu sertai KLAS Renang tahun ini
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan sebanyak 8,880 individu menyertai Program Kemahiran Latihan Asas Sukan Renang (KLAS Renang) di seluruh negara tahun ini.
Proaktif perkasa Muay Thai
Sudah tiba masanya sukan Muay Thai diperkasa bagi melahirkan lebih ramai jaguh berkualiti untuk diketengahkan ke pentas antarabangsa.
MyMHI'23 ukur tahap kesihatan mental belia - KBS
Indeks Kesihatan Mental Belia Malaysia 2023 (MyMHI'23) dilancarkan hari ini bagi mengukur tahap kesihatan mental belia berumur antara 15 hingga 30 tahun.
Hari Belia Negara di Melaka bakal tampil 10 segmen gaya hidup rakan muda
Bertempat di Dataran Pahlawan, acara itu meliputi segmen litar, aktif, bumi, demokrasi, digital, ekspresi, muzik, mahir, niaga dan prihatin.
KBS pastikan pemantauan terhadap persatuan sukan kebangsaan diperkasa
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu memastikan pemantauan terhadap Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) terus diperkasa, kata menterinya Hannah Yeoh.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Pelepasan ini akan diperluas meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan sukan.