MALAYSIA
Bayi 10 bulan maut terjatuh ketika dimandikan pengasuh

Seorang bayi perempuan berusia 10 bulan meninggal dunia selepas didakwa terjatuh dalam jagaan pengasuh. -Foto Sinar Harian
SUNGAI BULOH: Seorang bayi perempuan berusia 10 bulan maut selepas didakwa terjatuh dan tidak sedarkan diri semasa dimandikan oleh pengasuh di Puncak Alam pada Jumaat.
Ringkasan AI
- Seorang bayi perempuan berusia 10 bulan meninggal dunia selepas didakwa terjatuh semasa dimandikan oleh pengasuh di Puncak Alam pada petang Jumaat.
- Bayi tersebut tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan kecemasan di Hospital UiTM Puncak Alam.
- Polis telah membuka siasatan sebagai kes kematian mengejut dan sedang menunggu hasil bedah siasat, serta meminta orang ramai agar tidak membuat spekulasi.
Kata beliau, bayi tersebut telah dibawa dari sebuah klinik di Puncak Alam dengan menggunakan ambulans hospital.
"Pengadu dan doktor pakar kecemasan telah memberikan rawatan pernafasan serta ubatan terhadap bayi tersebut.
"Proses itu mengambil masa lebih kurang 22 minit, namun bayi tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda bernafas," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Menurutnya, pihak polis daerah Sungai Buloh juga telah menerima laporan yang dibuat oleh ibu kepada bayi tersebut.
Katanya, ibu mangsa telah menerima panggilan daripada pengasuh yang memaklumkan bayinya telah terjatuh dan didapati tidak sedarkan diri pada jam 5.40 petang.
Beliau berkata, menurut pengasuh tersebut, kejadian berlaku semasa dia mahu memandikan bayi itu, bayi tersebut telah terjatuh mengiring ke sebelah kanan dan dalam keadaan sesak nafas.
Katanya lagi, pengasuh telah bertindak membawa bayi tersebut ke sebuah klinik di Puncak Alam.
Sehubungan itu, mayat bayi telah dibawa ke Hospital UiTM Puncak Alam untuk bedah siasat.
Tambahnya, rakaman percakapan daripada pihak pengasuh juga telah dilakukan oleh pihak polis.
"Kes ini telah diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut (SDR) sehingga keputusan laporan bedah siasat diperolehi," ujarnya.
Sehubungan itu, pihak polis meminta kerjasama orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.
Tambahnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian itu boleh hadir ke mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi hotline Balai Polis Saujana Utama di talian 03-6038 2222 atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohamad Aizad Abd Azik di talian 013-4861194. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami