KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa bayi dilahirkan di luar negara oleh wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing secara automatik berhak mendapat kerakyatan negara ini.
Peguam Datuk Dr Gurdial Singh Nijar, ketika dihubungi Bernama, berkata Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan perkataan 'bapa' dalam Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan perlu bermaksud dan termasuk ibu.
"Hakim itu membuat keputusan selepas meneliti beberapa Perkara dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Beliau turut memerintahkan semua pihak berkuasa yang berkaitan agar mengeluarkan dokumen seperti kad pengenalan kepada bayi terbabit," katanya sambil menambah hakim itu tidak membuat perintah mengenai kos memandangkan kes ini membabitkan isu kepentingan awam.
Mahkamah Tinggi membuat keputusan itu pada prosiding dalam talian selepas membenarkan saman pemula Persatuan Kebajikan Sokongan Keluarga Selangor & Kuala Lumpur (Family Frontiers) serta enam wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing bagi membolehkan bayi mereka yang dilahirkan di luar negara mendapat kerakyatan negara ini secara automatik.
Melalui saman pemula yang difailkan pada 18 Dis tahun lepas, mereka memohon enam perintah mahkamah termasuk deklarasi bahawa Seksyen 1(b) dan Seksyen 1(c) Jadual Kedua, Bahagian II Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama dengan Perkara 8 (2) bagi memasukkan ibu rakyat Malaysia sebagai syarat untuk bayi yang dilahirkan di luar negara diberikan kerakyatan Malaysia secara automatik.
Antara lain, mereka meminta mahkamah mengeluarkan perintah kepada semua agensi kerajaan berkaitan termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Imigresen dan kedutaan Malaysia agar mengeluarkan semua dokumen membabitkan kerakyatan (termasuk pasport dan kad pengenalan) kepada anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibunya iaitu warga Malaysia yang berkahwin dengan warga asing.
Mereka menamakan Kerajaan Malaysia, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Pengarah JPN sebagai defendan. Kesemua defendan diwakili Peguam Kanan Persekutuan Liew Horng Bin.
Presiden Family Frontiers Suri Kempe pula berkata pihaknya bersyukur dengan keputusan itu dan menyifatkan ia sebagai bukan sahaja amat melegakan ibu yang terjejas dalam kes ini tetapi juga semua wanita Malaysia dalam situasi sama.
"Keputusan ini mengiktiraf kesaksamaan wanita Malaysia dan merupakan satu kemajuan ke arah Malaysia yang lebih egalitarian serta adil," menurutnya dalam kenyataan.
--BERNAMA
Bernama
Thu Sep 09 2021
Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa bayi dilahirkan di luar negara oleh wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing secara automatik berhak mendapat kerakyatan negara ini. - Gambar hiasan
Persediaan sambut jemaah pertama Malaysia di Madinah
Pelbagai program diatur untuk kumpulan pertama jemaah haji Malaysia yang akan tiba di Madinah pada 9 Mei ini. Antaranya ditempatkan di tiga buah hotel mengikut zon selain rancangan untuk ziarah luar di beberapa lokasi terpilih.
#MetGala: Busana kerajang timah, rambut pendek Michelle Yeoh jadi perhatian
Michelle berkata busana itu adalah ilham daripada pereka kreatif jenama Balenciaga iaitu Demna yang diinspirasi daripada kenangan zaman kanak-kanaknya.
Masih ada harapan bantu miskin bandar - Pakar
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma berpendapat ia masih suatu isu yang serius dan perlu ditangani segera.
Namun ia masih menunjukkan perkembangan positif, dan masih ada harapan untuk Malaysia menangani isu tersebut.
Namun ia masih menunjukkan perkembangan positif, dan masih ada harapan untuk Malaysia menangani isu tersebut.
Pantau Belanjawan: Ulasan Kajian UNICEF | Ranjau Sepanjang Jalan – Tangani miskin bandar KL
Terengganu adakan solat sunat Istisqa di seluruh masjid Jumaat ini
Terengganu adakan solat sunat Istisqa di seluruh masjid Jumaat ini
Kini anda boleh tambah kad Maybank pada Google Wallet
Maybank dilihat menyokong kad Visa dan Mastercard kedua-dua debit dan kredit untuk ditambah pada Google Pay.
Israel musnahkan lintasan Rafah, jejaskan 1.5 juta penduduk Gaza
Rejim Zionis Israel kini sudah mula memusnahkan lintasan Rafah seterusnya menjejaskan kira-kira 1.5 juta penduduk Gaza yang berlindung di kawasan terbabit.
[TERKINI] Dapatan utama kajian UNIEF: Ranjau Sepanjang Jalan
Ikuti secara langsung pelancaran laporan UNICEF berjudul 'Living on the edge'.
JDT tingkatkan tahap keselamatan pemain
JDT menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat insiden yang melanda pemain bola sepak negara iaitu Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim.
Apple perkenal cip pemprosesan Apple M4
Apple M4 hadir dengan 4 teras CPU prestasi bersama 6 teras CPU efisien, selain 10 teras GPU untuk penawaran grafik yang baik melaluinya.
Bayi dilahirkan wanita Malaysia di luar negara berhak dapat kerakyatan - Mahkamah
Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa bayi dilahirkan di luar negara oleh wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing secara automatik berhak mendapat kerakyatan negara ini.