awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kini anda boleh tambah kad Maybank pada Google Wallet

Amanz
Amanz
08/05/2024
04:00 MYT
Kini anda boleh tambah kad Maybank pada Google Wallet
Maybank dilihat menyokong kad Visa dan Mastercard – kedua-dua debit dan kredit untuk ditambah pada Google Pay. -Amanz
SETELAH dinantikan sekian lama, kini nampaknya Maybank telah mula menambah sokongan untuk Google Pay.
Ia sekali gus membolehkan para pengguna peranti Android dengan sokongan NFC untuk menambah kad Maybank pada Google Wallet, dan menggunakannya dalam pembayaran pada terminal di kedai.
Dengan langkah ini, ia akan memudahkan lagi urusan pembayaran menggunakan peranti pada sebarang kedai yang menerima pembayaran melalui terminal pembayaran kad.
Pengguna hanya perlu mengaktifkan ciri Google Pay, dan menyentuh pada peranti untuk membayar.
Mengikut ujian kami, Maybank dilihat menyokong kad Visa dan Mastercard – kedua-dua debit dan kredit untuk ditambah pada Google Pay.
Melalui halaman terma juga, Maybank turut menyediakan promosi untuk pulangan tunai 100% (terhad RM10) untuk transaksi pertama, bagi sejumlah pengguna terawal.
Bagi anda yang menggunakan peranti Android dengan sokongan NFC, boleh memuat-turun aplikasi Google Wallet, dan menambah kad Maybank padanya hari ini.
Selain kad Maybank, beberapa bank lain turut disokong, termasuk CIMB, Bank Muamalat, AmBank, Hong Leong Bank, HSBC Bank, Public Bank, Standard Chartered Bank, dan juga Wise. -Amanz
Topic Berkaitan
#Maybank
#Google Wallet
#Google Pay
#kad Visa dan Mastercard
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan