awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apple perkenal cip pemprosesan Apple M4

Amanz
Amanz
08/05/2024
03:40 MYT
Apple perkenal cip pemprosesan Apple M4
Apple M4 hadir dengan 4 teras CPU prestasi bersama 6 teras CPU efisien, selain 10 teras GPU untuk penawaran grafik yang baik melaluinya. -Amanz
APPLE baru-baru mengumumkan cip pemprosesan terbaru, Apple M4.
Ia membawakan sejumlah penambah-baikkan, dan peranti pertama yang akan dikuasakan cip pemprosesan ini adalah iPad Pro.
Seperti ramai sedia maklum, Apple telah mula membangunkan cip pemprosesan tersendiri yang menguasakan komputer – yang mana turut telah mula digunakan pada tablet mereka.
Apple M4 merupakan cip generasi keempat, dan Apple dilihat memperkenalkan ia pada tablet terlebih dahulu berbanding pada komputer buat pertama kalinya.
Apple M4 hadir dengan 4 teras CPU prestasi bersama 6 teras CPU efisien, selain 10 teras GPU untuk penawaran grafik yang baik melaluinya.
Ia turut dilengkapi dengan Neural Engine untuk pemprosesan melibatkan pembelajaran mesin – membolehkan pemprosesan sehingga 38 trillion operasi pada satu saat.
Di samping prestasi, Apple turut menekankan yang mana cip pemprosesan ini menggunakan tenaga yang lebih sedikit dan efisien berbanding cip-cip sebelum ini.
Cip baharu ini hadir dengan rekaan 3nm, serta menyokong enjin paparan baharu untuk skrin OLED.
Bagi anda yang ingin mencuba prestasi Apple M4 ini, boleh mendapatkan iPad Pro baharu yang akan menjadi peranti terawal menggunakannya. -Amanz
Topic Berkaitan
#Apple
#M4
#cip pemprosesan
#ipad pro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan