awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Bayi kami sudah tiada, saya minta maaf suami' - Penyanyi Tom alami keguguran

Astro Awani
Astro Awani
07/04/2023
07:47 MYT
'Bayi kami sudah tiada, saya minta maaf suami' - Penyanyi Tom alami keguguran
Pada 26 Februari lalu, Fuad yang juga penyanyi berasal Singapura melangsungkan majlis pernikahan dengan Tom di Batam, Indonesia - Foto/Instagram rajakingtom
KUALA LUMPUR: "Bayi kami sudah tiada..."
Demikian berita sedih dikongsi oleh penyanyi, Tom, 37, mengenai keguguran kandungannya pada Khamis malam.
Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram berkata kandungannya gugur selepas hamil tiga minggu.
"Saya minta maaf suami, Fuad Rahman. Keguguran masa bayi tiga minggu," kongsinya dalam satu entri di InstaStory
Penyanyi kelahiran Taiping, Perak itu turut memuat naik gambar imbasan ultrasound.
Sementara itu, memetik Gempak, pelantun lagu Untuk Kuala Lumpur itu berkata dia reda dengan ketentuan oleh Allah S.W.T.
Ujarnya lagi, insiden keguguran tersebut berlaku dua hari lalu dan pasangan ini sudah merakam video kenangan untuk dikongsikan kepada peminat.
"Sebelum keguguran, saya memang tahu saya sudah hamil. Kami siap buat video untuk berkongsi berita baik itu tetapi bayi (keguguran).
"Saya turun darah dan kemudian pergi buat pemeriksaan. Doktor memaklumkan bayi kami sudah tiada. Tak apa lah. Bayi pun masih baru (usia awal) lagi, memang senang nak gugur," tambah Tom.
Pada 26 Februari lalu, Fuad yang juga penyanyi berasal Singapura melangsungkan majlis pernikahan dengan Tom di Batam, Indonesia.
Pasangan itu kembali menjalin cinta selepas sama-sama terlibat dalam program Gegar Vaganza musim ke sembilan (GV9).
Topic Berkaitan
#Tom keguguran
#Tom dan Fuad berkahwin
#Berita hiburan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan