KUALA LUMPUR: Bukan sahaja dibiarkan dalam kesejukan, malah seorang bayi lelaki tanpa berpakaian dan masih bertali pusat dibiarkan dihurung semut, dipercayai ditinggalkan oleh ibunya di belakang sebuah rumah seorang lelaki warga asing di Kampung Kayu ara, Petaling Jaya, di sini.
Bayi berkenaan yang masih hidup itu ditemukan kira-kira 4.50 pagi di dalam beg plastik hitam diletakkan di atas meja oleh orang awam yang melalui kawasan perumahan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan penemuan berkenaan selepas mendengar tangisan bayi terbabit.
"Siasatan awal mendapati bayi itu dipercayai bukan berasal dari kawasan perumahan berkenaan kerana tiada penduduk wanita yang sedang mengandung," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad Fakhrudin berkata bayi lelaki itu telah diselamatkan dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut.
Beliau berkata tiada sebarang dokumen berkaitan ditemukan bersama bayi yang dipercayai baru berusia sehari berdasarkan tali pusat pada bayi itu.
"Sekarang bayi ini berada di HKL dan polis akan menyerahkannya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan selanjutnya.
"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran bayi dengan niat untuk membuang bayi," katanya.
Beliau juga meminta mana-mana individu yang melihat atau mempunyai maklumat tentang kejadian ini, diminta menyalurkan maklumat di balai polis berdekatan atau berhubung dengan pegawai penyiasat jenayah Insp Adam Firdauz Ahmad di talian 012-7565464 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di 03-79662176.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 20 2021
Tiada sebarang dokumen berkaitan ditemukan bersama bayi yang dipercayai baru berusia sehari berdasarkan tali pusat pada bayi itu. - Gambar/ PDRM
Pegawai kanan polis lindungi sindiket haram diarah isytihar harta - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memberikan notis pengisytiharan harta, dengan tarikh akhir pada 28 April ini, kepada pegawai kanan polis yang ditahan kerana disyaki melindungi sind
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama strategik dalam sektor binaan - Nanta
Kerajaan Malaysia dan Jepun memperkukuhkan kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.
Bangkai, serpihan helikopter terhempas dibawa keluar dari lokasi nahas
Operasi membawa keluar bangkai dan serpihan pesawat HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) itu dimulakan pada jam 9 pagi pada Khamis dan selesai sekitar jam 4.30 petang tadi.
MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong projek RTS Link yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.
Niaga AWANI: Meta turunkan jangkaan untuk hasil suku kedua
Meta meramalkan pendapatan suku kedua mungkin berada di bawah jangkaan pasaran, menandakan kemungkinan semakan mengenai teknologi AI baharu yang boleh meningkatkan perniagaan syarikat.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Dunia siber yang selamat perlu input wanita - Nurul Izzah
Nurul Izzah berkata, sasaran dunia siber yang lebih selamat memerlukan input daripada wanita untuk memahami cara bagi membolehkan ekosistem selamat diwujudkan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Chongqing percepat usaha jadi hab utama barat daya China
Hab logistik di Chongqing memainkan peranan penting dalam membina zon ekonomi Chengdu-Chongqing, dan mewujudkan kawasan hab kawasan pedalaman yang terkemuka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MRANTI pertingkat kerjasama bidang teknologi, inovasi
Antara lima bidang utama kerjasama tersebut meliputi pertukaran kakitangan dan perkongsian pengalaman pembangunan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang Joanna Felicia diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
Polis buka kertas siasatan komen jelik
Polis membuka kertas siasatan ke atas pemilik akaun Twitter Saifuddin Shafik berhubung komen jelik yang dimuat naik dalam media sosialnya itu membabitkan nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak yang mengorbankan 10 mangsa.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Bayi lelaki maut dalam kemalangan babit enam kenderaan
Seorang bayi lelaki berusia dua bulan maut dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan termasuk sebuah treler membawa muatan kereta di Kilometer 184 PLUS menghala ke selatan hari ini.
Bayi lelaki ditinggalkan dalam beg di tepi longkang
Seorang bayi lelaki ditemukan dalam sebuah beg di tepi longkang belakang sebuah kedai di Ayer Tawar dekat Manjung, semalam.
Calon PM Thailand, selamat melahirkan bayi lelaki dua minggu sebelum PRU
Paetongtarn memuat naik gambar bersama pasangannya dan bayi mereka yang diberi nama Prutthasin Sooksawas di media sosial pada Isnin.
Paris Hilton kini bergelar ibu
Personaliti berusia 41 tahun itu berkongsi sekeping gambar dia memegang tangan bayi lelakinya di akaun Instagram.
Stacy selamat lahirkan bayi lelaki
Penyanyi Stacy Anam selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 10.19 pagi tadi.
Bayi maut jatuh ke dalam lubang tandas sebaik dilahirkan - Bomba Selangor
Seorang bayi lelaki meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam lubang tandas sebaik sahaja dilahirkan di sebuah rumah di Parit 7, Sekinchan petang tadi.
Siti Sarah meninggal dunia
Isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia, di sini.
Bayi lelaki dibuang, dihurung semut diselamatkan
Bayi berkenaan yang masih hidup itu ditemukan kira-kira 4.50 pagi di dalam beg plastik hitam diletakkan di atas meja oleh orang awam yang melalui kawasan perumahan berkenaan.
Mayat bayi lelaki dihurung semut ditemui di tepi jejantas
Hasil pemeriksaan mendapati bayi lelaki itu cukup sifat dengan panjang 0.6 meter serta bertali pusat.