awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi lelaki ditemui masih hidup di kawasan pembuangan sampah

Bernama
Bernama
06/10/2021
16:30 MYT
Bayi lelaki ditemui masih hidup di kawasan pembuangan sampah
Bayi itu ditemukan orang awam yang melintas di kawasan itu kira-kira 7 malam tadi sebelum bertindak menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. - Gambar hiasan
KOTA KINABALU: Seorang bayi lelaki cukup sifat dipercayai baru dilahirkan ditemukan di kawasan pembuangan sampah di Taman Indah Permai berhampiran sebuah pasar raya di sini malam ini.
Bayi itu ditemukan orang awam yang melintas di kawasan itu kira-kira 7 malam tadi sebelum bertindak menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Supt George Abd Rakman ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membuang bayi.
"Polis yang tiba di lokasi kejadian menjalankan siasatan dan bayi terbabit diserahkan kepada petugas kesihatan untuk tindakan selanjutnya...siasatan masih dilakukan terutama bagi mengesan suspek terlibat," katanya di sini.
Beliau berkata bayi itu kemudiannya dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas untuk rawatan lanjut dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi pihak polis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jumpa bayi
#masih hidup
#tempat pembuangan sampah
#taman indah permai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan