awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKDW nilai cadangan sokongan bagi usahawan profesional buka klinik fisioterapi luar bandar
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi lelaki maut dalam kemalangan di Kinabatangan

Bernama
Bernama
14/08/2024
08:56 MYT
Bayi lelaki maut dalam kemalangan di Kinabatangan
Bayi berumur setahun 11 bulan itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lelaki yang juga pemandu kereta terbabit cedera parah selain tiga lagi penumpang cedera ringan. -Gambar hiasan
KINABATANGAN: Bayi lelaki maut selepas kereta dinaikinya bertembung dengan pacuan empat roda dalam nahas jalan raya di Jalan Paris 3 di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt Ravi Duraisamy berkata bayi berumur setahun 11 bulan itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lelaki yang juga pemandu kereta terbabit cedera parah selain tiga lagi penumpang cedera ringan.
"Pihak polis menerima panggilan pada 2.15 pagi tadi dan siasatan awal mendapati kereta itu dipercayai memasuki laluan kenderaan pacuan empat roda yang datang dari arah Sandakan menuju ke Lahad Datu.
"Pemandu pacuan empat roda yang mengalami cedera ringan itu cuba mengelak, namun jarak yang terlalu dekat menyebabkan berlaku pertembungan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Polis turut mengambil sampel darah pemandu terlibat bagi siasatan lanjut.
Sementara itu, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil ke cawangan trafik di sini atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Insp Hamkhah Md Syukur di talian 014-9551030 bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nahas Jalan Raya Kinabatangan
#bayi maut kemalangan
#pacuan empat roda bertembung
#Jalan Paris 3
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan